Menu Utama

Kerjasama Yg Putus: Kalau Setakat 3 Exco Saja Senang

TAK perlu pelik kenapa keputusan Majlis Syura Ulama PAS akur kepada kehendak perwakilan dalam Muktamar yang berakhir minggu lepas – dimana perwakilannya mahu kerjasama politik antara PKR dan PAS diputuskan, seakan tidak mendapat sambutan di Selangor.

Walaupun akur kononnya, tapi kata Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, PAS negeri itu akan kekal dalam kerajaan Selangor, sesuai dengan mandat PRU13.  Yang PAN dah mendesak-desak mahu PAS kosongkan kerusi kerana dia nak isi kekosongan tu, telan air liur sajalah bila PAS Selangor berkeras taknak lepaskan jawatan.  Kalau akur dengan konsep wala kepada kepimpinan dan perjuangan parti, mandat tak mandat, letak jawatan semua sekali bila diputuskan kerjasama itu putus.

Tapi nampaknya itu tak berlaku, agak-agak kenapa?  Ketika ramai melihat keengkaran PAS Selangor ini berpunca dari kedudukan 3 Exco parti itu dalam kabinet Azmin, hakikat yang sebenarnya, ia adalah lebih besar lagi.  Orang-orang PAS bukan saja diam dalam Exco tapi turut menduduki kerusi Ahli Majlis PBT, imam-imam, pegawai khas entah apa-apa dan lain-lain setaranya yang bertebaran di seluruh negeri itu.

Semua ini ada masyuk lah senang cakap, ingat apa, pegang kosong macam itu saja ke?  Jadi sementara senang bagi perwakilan dari negeri-negeri lain bercakap memutuskan hubungan dengan PKR, bukan senang bagi pemegang pelbagai jawatan lantikan politik PAS dalam negeri Selangor kehilangan pendapatan dan faedah-faedah lain yang datang bersamanya, begitu saja.

Diakhirnya, ini bukan lagi tentang perjuangan, bukan lagi tentang ketaatan atau seumpamanya yang dulu selalu dikaitkan dengan ahli PAS. Sebaliknya ini semua tentang wang, tentang poket dan tentang jawatan – bahasa modennya dedaklah senang faham.






Leave a Reply