Menu Utama

Kenali punca umat islam hilang akal hilang pedoman

oleh Kang Nasir

Sempena HARI GURU.
Jom Menoleh kebelakang. Kenali punca umat islam hilang akal hilang pedoman. Siapa guru mereka?

Adakah 93.4% pengamal cyber pembangkang serta kebanyakan umat islam hilang akal hilang akal hilang pedoman disebabkan pemimpin atau GURU (ULAMA)? Perkara ini ada disebut dalam hadis yang para ilmuan politik kongsi selama ini mendakwa kerosakan akhlak dan akidah umat islam kononnya disebabkan pemimpin tidak melaksanakan HUKUM ISLAM. Hadis tersebut berikut,

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Dua golongan dalam umatku, apabila mereka baik, maka baiklah seluruh manusia dan apabila mereka rosak, maka seluruh umat turut menjadi rosak. Mereka ialah para umara’ (pemimpin) dan ahli feqh (ulama)”
(Hadis Riwayat Ibnu Abdil Bar dan Abu Naim).

Maka itulah saya mengajak saudara saudari sama-sama muhasabah diri mengenal punca kerosakan akhlak dan akidah umat islam sehingga semakin ramai tampil kalangan mereka yang hilang akal hilang pedoman walau hanya nilai 11sen pun sampai memfitnah mencaci mencela saudaranya dan pemimpinnya.

Sempena hari guru ini kita bersyukur majority guru-guru masih ramai yang tidak hiraukan politik kerana memberi tumpuan kearah mendidik anak bangsa yang pandai berfikir. Kemelut sekarang ini majority pembangkang umumnya semua mengaku kalangan bijak pandai. Tetapi tak nampakpun antara mereka yang pandai berfikir menfaat untuk kebaikan diri mereka sendiri dikemudian hari.

Kongsian 2 tahun lalu tentang persoalan ini pada pautan ini.

Itulah punca ramai yang tidak tahu MENFAATNYA ISLAM untuk kebaikan diri mereka sendiri. Semua itu bukanlah salah ibu bapa atau guru. Tetapi ANGKARA NAFSU MEREKA DAN NAFSU ULAMA POLITIK yang INGKAR HUKUM PERINTAH ALLAH. Walhal sepatutnya AGAMA itu adalah NASIHAT.

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
” Agama itu adalah nasihat”. Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda menjawab, “Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya”.
(Hadith Riwayat: Muslim)

Oleh maka itulah admin mengajak saudara saudari jauhilah ulama politik paksalaf dan pakwahab. Kerana kesan mudarat jangka panjang itu menimpa diri masing-masing. Dan sama-sama kita sokong PERANCANGAN TERBAIK PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK MEMPERKASAKAN PENGAJIAN PONDOK DAN SEKOLAH-SEKOLAH ALIRAN AGAMA bagi menjana modal insan yang berakhlak beradab islam dalam #TN50. In’shaa Allah.

Satu perkara para ulama dan guru-guru para pendidik tidak endahkan peringatan Rasulullah saw selama ini adalah tentang DOSA JARIAH. Iaitu dosa yang tidak putus selagi masih ada orang yang mengikuti ajaran songsang yang menyalahi hukum perintah Allah kerana cenderung menuruti NAFSU AMMARAH.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْء

“Siapa yang mempelopori satu kebiasaan yang buruk dalam islam, maka dia mendapatkan dosa keburukan itu, dan dosa setiap orang yang melakukan keburukan itu karena ulahnya, tanpa dikurangi sedikitpun dosa mereka.”
(HR. Muslim).

Selamat hari guru kepada semua guru-guru para ilmuan tarekat tasawuf dan sahabat-sahabat yang sudi berkongsi ilmu mengingatkan admin.
Terima kasih diucapkan.






Leave a Reply

Threesome