Menu Utama

Kegagalan Azmin, Bukan Kelemahan PAS

PAN berputih mata bila Azmin membuat keputusan untuk mengekalkan bukan sahaja 3 Exco PAS malah semua pemegang jawatan lantikan politik parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor – disebalik keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan kerjasama dengan PKR.

Tidak ada siapa yang PAN perlu persalahkan dalam hal ini, melainkan Azmin kerana dia gagal bertindak betul dengan memecat semua ADUN tersebut.  Kegagalan Azmin memecat 3 Exco PAS ini juga menunjukkan kelemahan dalam Pakatan Harapan.  Jika Azmin bertindak berani memecat 3 Exco PAS tempoh hari, perkara ini selesai dah.

Mungkin sebagai tindak balas kepada keputusan Azmin ini, PAN mengumumkan bahawa Presiden partinya, Mat Sabu antara calon Perdana Menteri Pakatan KALAU mereka menang dalam PRU14.  Mat Sabu tu, apa yang lebih hina dari mencalonkan Mat Sabu sebagai Perdana Menteri?  Bodoh, belajar tak habis, kuat merapu, banyak skandal dan sebagainya tapi dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh PAN.

Bagi PAS, justifikasi kenapa mereka perlu kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor adalah berasas, berpegang kepada prinsip bahawa mereka adalah sebahagian daripada Pakatan yang mencorak kemenangan di Selangor dalam PRU13.  Apa yang berlaku selepas itu adalah terletak di tangan Menteri Besar, bukan lagi masalah mereka.  Dilantik – adalah mereka, dipecat – mereka pergilah.

Dalam masa yang sama, ini adalah bukti bahawa Pakatan wujud hanya atas nama, realitinya, tidak ada Pakatan dan masing-masing melakukan apa yang baik untuk diri masing-masing sahaja.  PKR pulak khasnya, adalah parti yang tidak ada prinsip serta layak digelar rakan yang tidak boleh dipercayai.

Tambah dengan adanya Mahathir dan hasratnya untuk menentukan siapa patut jadi PM ke 7 dan ke 8, masa depan apa yang kita nak pilih untuk negara kita ni?

 






Leave a Reply

Threesome