Menu Utama

Jawi Harus Bertindak Terhadap Dakwaan Tiada Larangan Homoseks dalam Islam

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu mengambil tindakan tegas ke atas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa perbuatan homoseksual tidak salah di sisi agama Islam.

Menurut beliau, tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadith yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual. Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadith hanyalah hukum untuk perbuatan liwat.

“Bila kita menyebut tentang LGBT, secara automatik, ramai di antara kita akan pergi kepada cerita Nabi Luth dan kaum dia (kaum Sadum), yang mana berdasarkan ayat Qur’an, dalam surah Al-A’raf ayat 80, yang menceritakan tentang kaum Nabi Luth, أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ.”

“Fahisyah ini perbuatan keji dan keburukan yang menyebabkan Allah S.W.T melaknat golongan gay dan homoseksual ini adalah berpunca daripada surah ini. Inilah sumbernya. Di dalam hadith, tidak ada satupun yang menyatakan tentang hukum homoseksual secara jelas.” (Read more at: https://www.menara.my/al-quran-tidak-larang-homoseksual-afiq-m-noor/)

Apa yang Afiq tidak maklumkan ialah ayat seterusnya (Surah al-A’Araf ayat 81) yang berbunyi, “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

[“INDEED, YOU APPROACH MEN WITH DESIRE, INSTEAD OF WOMEN. RATHER, YOU ARE A TRANSGRESSING PEOPLE!” (QUR’AN, 7:81)]

Ayat ini jelas Allah mengharamkan perbuatan hubungan seks sesama lelaki.

Jika Jawi boleh dakwa Raja Bomoh, Ibrahim Mohd Zin, yang tidak dianggap serius oleh kebanyakan orang kerana mencemarkan Islam, sesuatu harus dilakukan ke atas Muhammad Afiq ini yang jelas memutar belit al-Quran dan hukum Allah s.w.t.

Tidak seharusnya kerana beliau pernah menjadi peguam Anwar Ibrahim maka Jawi memejam mata terhadap penyelewengan agama seperti ini.

Kenyataan beliau sangat merbahaya kerana beliau dilihat sebagai orang berilmu dan ini boleh mempengaruhi kumpulan anak muda yang berfikiran songsang dan kurang didikan agama.-MYKMU.NET






5 Komen to Jawi Harus Bertindak Terhadap Dakwaan Tiada Larangan Homoseks dalam Islam

  1. dkds says:

    Berani ke JAWI? kalau rempuh dan pecahkan pintu hotel atau rumah nak tangkap pasangan khalwat yang tidak ternama laju sahaja

  2. Memang Baik says:

    Benar sekali JAWI menggaji kakitangan yang hanya menumpu keghairahan mereka terhadap salah laku kalwat pasangan yang tidak sah hunbungan saja. Itu pun mereka sekadar tumpou pada hotel murah dan hotel budget saja. Kerana ditempat begitu selalunya dukunjugi oleh mereka yang kurang kedudukan, kurang duit, kurang keupayaan untuk menyanggah mereka. Namun Allah maha kaya dan mahu tunjukkan bahawa tidakan mereka itu salah dan tidak bermoral sehingga merekla tertangkat salah opasangan baru2 ini. Mereka didakwa dan bakal terhukum.

    Jawi tiada menggaji kakitangan yang layak untuk berbahas dengan mereka diperingkat yang dikira atasan. JAWI ketiadaan keyakinan untuk berdepan dengan seorang pequam yang telah mengintiraf hubungan sejenis. Kita tidak merungut ‘ apa jenis lawyerkah itu ? Tapi kita mahu merungut apa jenis penguatkuasa yang diberi nama JAWI…

    • mono_rindo@yahoo.com says:

      JAWI tidak dapat bertindak terhadap para penyokong LGBT kerana tiada asas yang kokoh untuk mendakwa mereka..tiada nas menyebutkan homoseksual & lesbian merupakan perilaku yang menjadi suatu kesalahan di dalam alQuran……cuma mengesahkan aktiviti-aktiviti liwat di kalangan kaum luth pada zaman dahulu. Jika birokrasi agama di perengkat persekutuan maupun negeri berani bertindak bermakna organisasi ini menentang ajaran Allah serta bercanggah dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak asasi mausia. Allah sentiasa peka dengan hak asas makhluknya di dunia dan akhirat.

  3. mono_rindo@yahoo.com says:

    Dalam alQuran jelas menyebutkan zina adalah satu kesalahan dan boleh didenda dengan 100 sebatan terhadap pasangan pelaku….tetapi perbuatan liwat bukan satu kesalahan. Faktanya zina boleh menyebabkan kehamilan dan bayi yang dikandungkan perlu dapat pembelaan dari kedua ibubapa biologis…..sedangkan perbuatan liwat tidak merobah biologi pada pasangan masing-masing sebab itulah islam tidak menghukum terhadap pelakunya. Allah itu maha adil maha mengetahui.

  4. zack300 says:

    Ni masalah perbuatan tu yang hina. Kaum Lut AS dipelingkupkan dan binasa bukan sebab amalan liwat ke..? Lembu yang tak berotak pun tak buat amalan keji ni..ni manusia. Jangan letak diri bawah tahap dari lembu. Kata lembu marah tapi perangai lebih teruk dari lembu. Jangan putar belitlah. Cuba tanya dalam ‘hati kecil’ dalaman mereka pengemar dan penyokong, ni perbuatan baik atau buruk..? Boleh aku ajar pada anak2 aku..?? Mampus kata tidak. Ni amalan luar normal manusia yang berakal dan sihat melainkan ada sedikit otak dah sakit dan biol…lepas nak di harap jadi pemimpin masyarakat. Pi mam**slah

Leave a Reply