Menu Utama

#ItuPantaiPenamparSampai: Terbukti Najib Pendamai Terbaik

PAKATAN cuba mengaitkan insiden yang berlaku di Sri Perdana semalam dengan status latarbelakang salah seorang pelaku sebagai ahli UMNO.  Hakikatnya insiden itu berlaku kerana provokasi yang dicetus satu pihak yang membawa kepada tindakbalas oleh satu pihak yang lain, bukan ada kena mengena siapa jadi ahli parti politik mana.

Puak-puak ini dalam kepala tidak ada lain, cari jalan bagaimana untuk kutuk Perdana Menteri. Mereka bukan peduli sangat kepada semua individu yang terlibat secara khasnya mahupun golongan artis secara amnya. Yang ada dalam kepala ialah bagaimana untuk mempolitikkan perkara tersebut untuk keuntungan mereka.

Untuk pengetahuan semua, sesi malam tadi adalah satu daripada 70 yang sudah berjalan, kenapa ini saja yang kecoh, sendiri mahu fikirlah.  Apa pun, perkara itu dah selesai – sekurang kurangnya semalam.  Orang Pakatan cuba memanjang-manjangkan perkara yang dah selesai itu kenapa?

Yang penting sekarang, insiden semalam memperlihatkan sikap cool, pemaaf dan pendamai Datuk Sri Najib Tun Razak yang sering dinafikan pembangkang.

Sebelum ini pun bila Muhyiddin melancarkan serangan tikam belakang terhadap Najib, beliau berjiwa besar dengan membuka peluang untuk meminta maaf. Soal Muhyiddin minta maaf ke tidak, itu soal lain, yang penting peluang dibuka dan Najib bersedia berlapang dada.

Ini berbeza dengan ketika Mahathir jadi Perdana Menteri. Siapa yang cuba mencari masalah dengannya, akan menerima tindakan. Cakap pasal golongan artis, teringat kepada seorang pencipta lagu terkenal yang hasil kerjanya digam buat satu ketika kerana mempersoal Mahathir itu siapa.

Untunglah kita Mahathir bukan lagi Perdana Menteri hari ini.






Leave a Reply