Menu Utama

Ini Cara Dia Balas Budi Almarhum Tun Razak?

Penulis tidak tahu bila dia akan berhenti dari menuturkan sesuatu yang tidak benar. Biarpun di penghujung usia, dibantu dengan umur subsidi berbekalkan bateri, dia masih enggan berhenti merapu tentang suatu yang amat meragukan.

Khabarnya baru-baru ini dia cuba menghasut rakyat di Parlimen Pekan untuk menolak wakil rakyat di kawasan itu. Tidak malu mengaku jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein terhadap, dia mahu rakyat Pekan menolak anak kepada tokoh yang banyak berjasa pada dirinya.

Dia akui termakan budi Tun Razak, tapi cara dia membalas budi baik tersebut adalah dengan menghasut supaya orang Pekan tidak memilih anak Tun Razak? Mungkinkah ini cara baru membalas budi baik seseorang? Nampaknya dia menunjukkan contoh yang ‘baik’ di penghujung usianya kepada generasi baru…

Dia juga menggunakan alasan-alasan yang sangat kabur dalam hasutannya. Dipetik dari sumber Sarawak Report dan mendakwa kononnya Najib menghilangkan sejumlah wang negara dan termasuk isu RM2.6 bilion, dia tanpa segan silu menabur tohmahan kepada insan yang banyak berjasa di Parlimen itu.

Lagaknya bagai seorang ‘akauntan bertauliah’ dan ‘juruaudit forensik’. Namun kita pun tahu dia hanyalah doktor klinik yang diangkat UMNO untuk menjadi Perdana Menteri. Skandal BNM dan BMF pun belum terjawab, tapi dia sibuk menabur dakwaan tidak benar? Ingatkah dia pada dosa dan pahala?

Sebenci-benci PAS terhadap UMNO, mereka tidak rela memamah daging saudara seagama mereka sendiri. PAS sendiri pun tidak percaya pada sumber berkenaan, tapi ‘negarawan’ itu bagai ‘dirasuk hantu warga asing’, begitu mudah terpengaruh dengan dakwaan portal murahan?

Sekiranya penulis menubuhkan sebuah portal bernama ABC Report, menulis tentang suatu skandal membabitkan musuh pengerusi parti ‘cap bunga’ itu, apakah dia akan percaya? Penulis edit kepala surat, tulis apa-apa amaun melampau dan kaitkan dengan musuh politiknya, dia mahu percaya?

Penulis upah pula seorang penulis warga asing untuk menjadi editor, menulis dalam bahasa Inggeris dan memanipulasi fakta sahih kepada tidak sahih, dan kemudian mendakwa fakta tidak sahih itu sebagai sahih, apakah dia mahu percaya pada kredibiliti portal itu? Semakin merosot IQnya…

Nampaknya semakin tua dirinya, semakin mudah dia diperdaya oleh orang bukan Islam. Dengan fakta yang direka-reka itulah dia mencanang fakta dan menjaja dakyah kepada orang Pekan? Apakah dia fikir orang Pekan itu bodoh seperti pengikut parti ‘cap bunga’ yang percaya kepada apa saja yang dia kata?

Penulis amat kesal dia jadi begini di penghujung usia. Mahu minta keluarganya supaya ‘kuarantin’ dirinya di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram, rasanya dia pasti menolak. Jika individu bertaraf Mufti nasihat dia pun ditolak, apatah lagi penulis, bukan?

Namun kita hanya mampu berdoa agar dia kembali ke pangkal jalan. Janganlah hidup bertuhanlah politik. Selagi masih sempat bertaubat, maka kembalilah ke jalan yang benar. Harap dia maklum dan diberi hidayah selagi masih ada waktu…



(Next News) »



Satu Komen to Ini Cara Dia Balas Budi Almarhum Tun Razak?

  1. dkds says:

    Pas berubah angin tidak menyokong lagi DAP dan sekutunya apabila melihat madey kerala spt gila kuasa sanggup melakukan perkara2 yg tdk masuk akal..

Leave a Reply