Menu Utama

HIMPUNAN BAJU MERAH SEBENAR

oleh Ab Jalil Backer

Pada 11 Mei 2017, 100 RIBU orang hadir dan berhimpun di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, untuk mendengar pidato politik nasional oleh Presiden UMNO, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.

UMNO berjaya membuktikan bahawa sesuatu himpunan
besar boleh dibuat tanpa perlu melanggar undang-undang, bergaduh dengan pihak berkuasa, melaungkan slogan perkauman melampau atau memfitnah pihak lain untuk menarik peserta,

Kejayaan himpunan ini membuktikan kematangan dan keupayaan UMNO sebagai sebuah organisasi politik yang mapan.

Bukan mudah untuk menghimpunkan 100 ribu orang untuk acara politik YANG TIDAK bersadurkan kebencian dan hasutan politik melampau.

Namun Himpunan Ulang Tahun UMNO ke 71 ini membuktikan masih ramai orang yang rasional dan sederhana di negara ini.

Tahniah kepada seluruh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh, kakitangan ibu pejabat dan Kepimpinan Sayap UMNO serta bahagian-bahagian UMNO yang telah bekerja keras merealisasikan usaha ini,

Anda semua membuktikan suatu himpunan besar boleh dijayakan tanpa sebarang ancaman perkauman, kontroversi berdarah, mahu pun huru hara jalanan.

Inilah wajah UMNO sebenar yang menjadi tunggak Barisan Nasional selama berdekad lamanya!

Ini barulah himpunan baju merah sebenar, penuh adab dan tertib politik Melayu.






Leave a Reply

Threesome