Menu Utama

Hapus Kabotaj Punca Mahathir ‘Serang’ Pekan

BUKAN asing bila Mahathir menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak, terutama sejak hujung 2014.  Tapi bila serangan itu semakin spesifik dan semakin peribadi sifatnya, mesti ada perkembangan baru yang mendorong kepada semua serangan itu.

Contoh, bukan rahsia Mahathir mahu melihat Najib jatuh, dia tak perlu mengulanginya banyak kalipun orang tahu.  Begitupun, bila Mahathir mengarah serangan itu ke Pekan, kawasan Najib menjadi Ahli Parlimen sejak 1976, pasti ada perkembangan baru yang menyakitkan hatinya berlaku dalam negara ini.

Bercakap tentang itu, sudah pasti keputusan Najib untuk menghapuskan sistem kabotaj yang menjadi punca harga barang tinggi di Sabah dan Sarawak berkuatkuasa Jun ini, menjadi punca terbaru kemarahan Mahathir.  Panjang dan pendeknya, sistem kabotaj ini bermaksud tidak ada barang import boleh masuk terus ke Sabah dan Sarawak, melainkan melalui pelabuhan di Semenanjung terlebih dahulu.

Maksudnya, kalau ada kapal dari China yang melalui Laut China Selatan membawa barang, kapal itu tidak boleh terus berlabuh ke Sarawak untuk menurunkan barang, sebaliknya perlulah singgah di pelabuhan di Semenanjung terlebih dahulu sebelum barang dihantar dengan kapal lain untuk masuk ke Sarawak – itu lebih kurang maksudnya kabotaj, sistem yang diperkenal Mahathir sejak 1980.

Dua kali kerjalah, tapi disinilah letak ‘keuntungannya’.

Jadi sekarang terjawablah kenapa pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung ini hampir semuanya diuruskan oleh kroni-kroni Mahathir.  Terjawab juga persoalan kenapa anak Mahathir meniaga kapal.  Sistem kabotaj ini menguntungkan pelabuhan di Semenanjung dan syarikat kapal yang mendapat kontrak untuk membawa masuk barang ke Sabah dan Sarawak walaupun boleh masuk terus saja.

Ambil contoh pelabuihan di Pasir Gudang.  Pelabuhan Singapore yang lebih menjadi pilihan kapal berlabuh, letaknya di sebelah saja tapi kenapa Mahathir wujudkan Pasir Gudang dan menyerahkan kepada kroninya untuk diuruskan?  Bukan untuk menyaingi pelabuhan Singapore tapi untuk mengambil kesempatan dari sistem kabotaj inilah.

Sehingga diakhirnya, rakyat patut tahu bahawa Mahathir menyerang Najib sebab peribadi, bukan sebab rakyat atau negara. Mahathir tak peduli pun semua tu, apa untung dia saja

 






Leave a Reply