Menu Utama

Hanya Sultan Selangor Dapat Selamatkan Exco PAS

EXCO PAS bagaikan telur di hujung tanduk dalam kerajaan Selangor.  Asakan yang bertalu-talu dari Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Lim Guan Eng agar mereka meletakan jawatan membongkar siapa sebenar PAS di mata Pakatan Harapan selama ini.

Dalam usaha menyelamatkan diri mereka,  PAS terus menjadikan isu perkenan sultan sebagai alasan tiga exconya kekal dalam kerajaan Selangor bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Malah Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata isu peletakan jawatan tidak timbul kerana ia dilantik oleh Sultan Selangor.

Beliau menegaskan PAS tertakluk kepada undang-undang dan undang-undang tubuh negeri.“Selagi sultan perkenan ahli exco PAS pegang jawatan, kita pegang (jawatan itu),” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

Siapa sebenar yang PAS cuba perbodohkan? Azmin? Lim Guan Eng? atau rakyat Selangor? Senario ini sekali gus  mendedahkan wajah sebenar PAS dalam arena politik tanahair kita. Dalam banyak perkara yang berlaku dalam politik PAS, kepentingan peribadi tetap akan mendahului semua perkara.

Ketika Takiyuddin ditanya sama ada PAS akan berbincang sama ada tiga exco berkenaan perlu meletakkan jawatan atau tidak, Takiyuddin berkata:

“Kalau ada permintaan (daripada menteri besar), kita akan bincang,” katanya yang turut menambah, mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu akan dibuat pada Khamis ini.

Kita jadi keliru dengan kenyataan Takiyuddin tersebut memandangkan semalam Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu ketiga-tiga exco PAS tersebut meletakan jawatan. Oleh itu, permintaan menteri besar mana pula yang ditunggu-tunggu oleh PAS?

Memang bukan mudah untuk exco PAS melepaskan gaji yang lumayan sebagai Exco kerajaan Selangor namun itu tidak sepatutnya dijadikan alasan sehingga mengadaikan maruah mereka sendiri setelah mereka membuat keputusan memutuskan hubungan dengan pakatan harapan di Selangor.

Sebelum ini kita beranggapan yang Sultan Selangor mampu menyelamatkan tiga exco PAS tersebut namun dengan gesaan dan asakan dari Azmin dan Lim Guan Eng agar mereka meletakan jawatan, adakah titah Sultan Selangor tersebut masih mampu menyelamatkan mereka?






Satu Komen to Hanya Sultan Selangor Dapat Selamatkan Exco PAS

  1. Pemerhati says:

    sepatutnya salah seorang atau semua 3 exco PAS itu perlu kata begini kepada media:

    kami juga seperti lim guan eng tidak mahu melepas & meletak jawatan kerana sayangkan gaji kami yang lumayan…dalam Islam malah dalam mana2 agama menganggap ianya zalim serta tidak adil bila hanya kami didesak & ditekan supaya letak jawatan sedangkan PKR sehingga kini boleh berdiam diri & tidak berani mendesak & menekan guan eng supaya letak jawatan…dalam Islam ini dianggap munafik & dayus

Leave a Reply

Threesome