Menu Utama

GST: Najib dedah sebab pusingan-U pembangkang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pusingan-U yang dibuat pembangkang untuk mengekalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana mereka menyedari kepentingan sistem percukaian itu kepada negara.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, pembangkang juga tidak berani menghapuskan sistem GST agar mereka mempunyai pilihan untuk meningkatkan kadarnya pada masa depan jika mentadbir negara.

“Jadi mereka tergesa-gesa ingin menurunkan kadar enam peratus kepada kosong peratus. Tindakan ini tidak masuk akal kerana apa guna adanya sistem yang canggih ini kalau tiada cukai yang dikutip?

“Jelas di sini pembangkang akan meneruskan GST, jadi terpaksa memperdayakan rakyat demi memenangi pilihan raya,” katanya menerusi rakaman suara di laman blog najibrazak.com hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan pengekalan GST sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sedangkan sejak GST diperkenalkan, pihak pembangkang sentiasa menyerang kerajaan mengenai sistem percukaian itu dengan pelbagai dakwaan. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply