Menu Utama

GST Ialah Sejenis Cukai

RAMAI orang terlupa bahawa GST adalah sejenis cukai.  Sebelum GST, SST yang mengembongkan perut ramai kroni Mahathir itupun adalah sejenis cukai.  Jadi kalau haram kutip GST seperti  yang difahami ramai lanjutan dari kenyataan seorang Mufti negeri yang diperintah DAP baru-baru ini, maka semua jenis cukai juga harus diharamkan – termasuk yang dikutip oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Cukai, apa bentuk sekalipun, memang “membebankan” rakyat.  Taknak bebankan rakyat, tak payah kutip cukai langsung, selesai masalah.  Tapi sekarang peliknya hanya GST saja yang jadi sasaran, cukai-cukai lain tu kenapa tak attack sekali?  Anyway, kalau alasannya GST membebankan rakyat, dah berapa ramai rakyat mati kebulur atau papa kedana sebab bayar GST sehingga nak kata membebankan ni?

Hakikatnya, tidak ada beza antara GST dengan semua jenis cukai yang dikutip termasuk oleh kerajaan DAP seperti cukai tanah, cukai katil. cukai pintu, cukai itu, cukai ini.  Semua tu cukai jugak.

Berhenti cakap saja.  Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu bersidang segera dan haramkan kutipan semua jenis cukai di negeri tersebut atau pejabat Mufti perlu buat kenyataan untuk perbetul salah faham masyarakat.

Cakap pasal fatwa, sebelum nak wartakan fatwa itu jangan lupa hantar kepada pejabat Ketua Menteri untuk dapat kelulusan Exco terlebih dahulu – sekalipun tidak ada dalam prosedur.

Zaman hari ini rakyat nak tengok tindakan, cakap saja siapa yang peduli?  Cuma persoalannya, berani ke?  Nak bayar gaji kakitangan awam di negara ni (termasuk gaji Mufti), semuannya dengan menggunakan hasil kutipan cukai.  Tak turun duit dari langit untuk tampung semua perbelanjaan kerajaan.

Parah betul politik dalam Pakatan agaknya, sampai seorang penjawat awam kena buat kenyataan berbaur politik mempersoal cukai yang menjadi sumber pendapatannya sendiri untuk mengalihkan perhatian rakyat..






Leave a Reply