Menu Utama

Cerita Parti ‘Nyamuk’ Dan ‘Abang Besar’nya…

Jika dilihat pada pengaruh yang ada pada parti-parti politik yang wujud dan bertanding pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa hanya BN, PAS dan DAP sahaja yang layak dianggap dominan.

Mendominasi pentadbiran negara sejak merdeka, tidak perlu lagi diperkenalkan UMNO yang membentuk parti Perikatan dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) yang turut dianggotai MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi parti komponen lain.

Berkonsepkan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, berteraskan pengkongsian kuasa, BN masih gagah perkasa dan menjadi pilihan rakyat Malaysia yang yakin dengan kemampuan parti ini untuk menerajui negara.

PAS memang parti serpihan UMNO, namun kerana telah lama ditubuhkan dan menggunakan pengaruh perkataan ‘Islam’ pada namanya, parti ini juga mendapat sokongan ramai umat Islam di negara ini. PAS masih mampu bertahan dan membuktikan masih relevan dengan menguasai Kelantan dan pernah mentadbir Kedah walau pincang.

DAP sememangnya tidak mendapat sokongan dulu. Namun selepas berjaya mencetus kebencian masyarakat Cina kepada BN dan ‘menghilangkan’ pengaruh MCA, parti ini berjaya ‘menjajah’ Pulau Pinang. Itupun terpaksa dibantu PKR, dan selepas bergaduh dengan PAS, tidak tahulah sama ada mereka mampu kekal berkuasa di negeri itu atau tidak.

Tapi yang menariknya, parti-parti serpihan yang baru lahir pula yang begitu vokal bercakap besar setiap hari di media. Kononnya merekalah yang paling kuat, yang paling ‘suci’ dan yang paling ‘betul’ bukan saja di Malaysia, malah seantero dunia.

Akibat tak dapat berkuasa dan terpaksa berdepan seorang ‘diktator’, maka lahirlah PKR. Namun mungkin kerana tidak dapat membuang tabi’at ‘luar tabi’e’, ditambah pula berdepan bekas ‘diktator’ dulu, maka ketuanya terpaksa menghabiskan masa di balik jeriji besi.

Mungkin benar mereka mampu berkuasa di Selangor, namun tanpa ehsan DAP, jangan mimpilah untuk duduk di kerusi Menteri Besar. Di seluruh negara, kebergantungan PKR terhadap DAP sememangnya ketara. Tanpa DAP, siapalah mereka…

Pepecahan di dalam PAS juga berpaksikan pada jawatan. ‘Hilang’ saja jawatan, maka gerombolan yang tewas pemilihan membentuk PAN. Siang malam menghentam PAS saja kerjanya. Untuk mengukuhkan kedudukan, PAN terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Demi kelangsungan survival politiknya, PAN juga dilihat terpaksa bergantung harap pada DAP. Siapa yang hadir menikmati temasya PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pastinya dapat menghidu betapa PAN bergantung ‘nyawa’ pada DAP. PKR hanya tolong sikit-sikit sahaja…

Terbaru, parti ‘cap bunga’ pula. Sifatnya saling tidak tumpah seperti PAN. Bezanya pepecahan dalam UMNO itu tidak berlaku ketika pemilihan parti, sebaliknya cubaan untuk mengulangi modus operandi yang pernah dilakukan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun gagal.

Kegagalan itulah yang membawa pemimpinnya sengaja melanggar disiplin parti, sengaja mengundang diri supaya dipecat dan akhirnya menubuhkan parti baru. Mulanya konon mahu menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sahaja, tapi kini mahu ‘kuburkan UMNO’ pula.

Tidak dapat dipastikan sama ada pengerusinya masih ingat tentang ‘kubur’ atau tidak. Kerana kebiasaannya warga yang sudah terlalu emas, khususnya umat Islam, akan lebih bertumpu kepada ibadah berbanding kuasa politik. Namun nampaknya mungkin dia lupa soal ‘kubur’.

Parti baru ini kononnya ‘gah’ dapat sambutan. Cakapnya cukup besar. Lagaknya seperti mampu menakluk politik dunia. Padahal, dikhabarkan ahlinya cuma ada seratus dua saja dalam satu parlimen. Bagaimana hendak tawan Dun dan Parlimen nanti agaknya?

Maka mungkin kerana itulah juga, PKR, PAN dan ‘cap bunga’ ini terpaksa bergantung harap kepada DAP kini. Mereka seolah-olah terpaksa ‘memperhambakan’ diri kepada DAP lantaran PAS yang memutuskan untuk ‘berpatah arang’ dengan Pakatan Harapan dan menubuhkan Gagasan Sejahtera.

Maksudnya, parti-parti ‘nyamuk’ ini perlu pilih sama ada mahu bersama ‘abang besar’ PAS atau ‘taiko’ DAP. Namun nampaknya, ‘ketaikoan’ DAP lebih memikat hati PKR, PAN dan ‘cap bunga. Maka terpaksalah mereka ‘kowtow’ kepada ‘maharaja’ dan ‘putera mahkota’ yang menguasai parti yang cukup terkenal dengan ‘chauvinis ultra kiasu’ itu.

Biarlah terpaksa menjilat ‘kahak hijau’ yang ‘diludah’ terhadap DAP sebelum ini, PKR, PAN dan ‘cap bunga’ rela menggadai maruah dan prinsip perjuangan demi mengejar kuasa politik. Melucukan, mereka cukup nafi jika dikatakan ‘bertuankan’ DAP!

Tidak kisahlah sama ada nafi atau tidak, namun kita semua yakin bahawa rakyat cukup bijak dan dapat menilai dengan baik tentang parti-parti ‘nyamuk’ ini dan ‘abang besar’ mereka. Wajarkah untuk meletakkan masa depa negara kepada mereka? Itu terserah pada jati diri masing-masing.

Namun yang pasti, BN tetap teguh mendapat keyakinan rakyat Malaysia yang masih waras dan bijak untuk menilai pengalaman dan prestasinya, selain memiliki kestabilan politik yang bagai langit dengan bumi berbanding pembangkang. Kita yakin, BN akan tetap jadi pilihan rakyat!






Leave a Reply

Threesome