Menu Utama

Catatan Buat Dr Maza

oleh Ab Jalil Backer

Semua orang faham Tuan Mufti jual meja RM 30 ribu untuk berbuka puasa adalah untuk kutip dana Yayasan.

Ramai yang menganjingkan Tuan Mufti bukan kerana kutipan dana tersebut tetapi kerana sikap bermuka-muka tuan melampaui tertib seorang ilmuan.

Tuan dakwa rakyat tertindas, miskin dan sengsara. Namun dalam negara yang tuan hina ini, tuan masih mampu menjual meja berbuka puasa berpuluh ribu untuk dana Yayasan yang kerjanya lebih banyak “jalan-jalan” memberi idea dari membantu orang miskin.

Jika Yayasan tersebut bertujuan membantu orang miskin atau berdakwah di pendalaman, seperti papua, sepenuhnya mungkin boleh diterima akal, walaupun saya anggap sangat tidak sesuai.

Lebih menyedihkan, tuan sering mengkritik “agamawan” lain sebagai tidak prihatin rakyat. Hakikatnya tuanlah yang paling tidak prihatin dan sensitif kepada agama sendiri.

Ramadhan, selain bulan ibadah dan disiplin, adalah juga bulan umat Islam berlapar dahaga untuk merasakan penderitaan umat manusia yang tersisih, susah dan tidak mempunyai makanan.

Sebaliknya tuan menguar-uarkan penjualan meja berbuka puasa RM 30 ribu. Adakah tercapai makna ramadhan? Adakah ini semangat ramadhan.

Memandangkan berbuka puasa adalah ibadah, apakah menjual meja untuk berbuka ini bukan bidaah terbesar?

Apa pun Allah ingatkan kita agar bersederhana dalam dakwah kita. Malangnya sejak beberapa tahun lepas tuan begitu angkuh, sombong dan bongkak bila menegur kerajaan kerana mahu menjadi popular.

Tuan aibkan Perdana Menteri, isteri perdana menteri, institusi sultan, mufti dan ulama lain yang tidak sehaluan.

Jadi hari ini mungkin kifarah tuan. Redha dan perbaikilah akhlak tuan sebagai seorang mufti.



« (Previous News)



Satu Komen to Catatan Buat Dr Maza

  1. system baru says:

    menjual meja biasa dilakukan oleh ngo yayasan dan dap untuk kutip dana .

    Dap tarisa kok jual meja untuk diri ,wang dana masuk dalam poket tarisa kok

Leave a Reply