Menu Utama

Catatan Buat DAP, Malaysiakini dan The Star: Anda Membunuh Kesederhanaan dan Rasionaliti Rakyat

oleh Ab Jalil Backer

Anda mungkin boleh membeli beberapa kerat orang Islam Malaysia untuk meliberalkan pemikiran orang Islam negara ini.

Anda mungkin boleh mempengaruhi seorang dua mufti atas nama toleransi beragama demi melonggarkan kedudukan Islam di negara ini secara tersirat.

Anda berjaya mempengaruhi artis, penulis dan pemikir bersama anda kononnya untuk Malaysia baru yang lebih adil.

Sedikit demi sedikit sejak beberapa dekad lalu anda menggunakan orang Melayu untuk mencabar status quo agama Islam, bangsa Melayu dan Bahasa kebangsaan.

Anda boleh terus mempengaruhi Melayu baru mengenai perpaduan acuan baru yang mencabar status quo sedia ada.

Sedikit demi sedikit anda berjaya mewujudkan Melayu baru yang apolegetik dan malu dengan keistimewaan bangsa Pribumi dan Islam. Mereka telah dipengaruhi dengan idea Islam bersadur liberalis barat.

Anda mewujudkan pengkhianat di kalangan Melayu. Secara tersirat dan tersurat anda juga menghasut kaum cina supaya menentang apa sahaja perkara yang membabitkan kepentingan Melayu dan Islam.

Apa sahaja tindakan undang-undang ke atas kaum Cina ditonjolkan sebagai tindakan anti cina oleh kerajaan Melayu.

Anda hasut orang Cina kononnya pemimpin Melayu korup, sedang anda lupa semua orang tahu pemberi rasuah terbesar dari kaum Cina. Pernah anda menyerang pemberi rasuah?

Tidak cukup itu anda mencabar kedudukan Islam, Melayu dan bahasa kebangsaan. Hal-hal buruk mengenai Islam dan Melayu diperbesarkan. Hal yang baik dikecilkan.

Kejayaan anda mewujudkan Melayu Islam liberal menjadi si kitol dan kuda trojan (trojan horse) mungkin menguatkan DAP buat sementara waktu.

Anda mungkin juga boleh “membeli” beberapa pemimpin UMNO untuk menyanyi mengikut rentak anda.

Namun dalam masa yang sama anda telah menguatkan kumpulan ektremis Melayu dan Cina di negara ini.

Majoriti Kaum Cina (bukan semua) hari ini adalah ekstremis kaum.

Mereka bercakap soal perpaduan tetapi dalam keadaan tidak lagi menghormati bahasa kebangsaan; mempertikaikan azan masjid, bebas bercakap hal agama Islam walau mereka bukan Islam – termasuk isu Rang Undang-Undang Islam yang tiada kena mengena dengan mereka.

Orang Melayu secara budayanya bukan ganas. Sebab itu SN Usman Awang menyatakan:

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Maka apa yang berlaku di sebuah masjid jumaat lalu adalah manifestasi keadaan yang diwujudkan oleh anda.

Sebahagian kaum Cina tidak lagi menghormati orang Islam.

Manakala sebahagian orang Melayu tidak lagi mahu menjadi golongan sederhana. Mereka menolak apa sahaja rasionaliti keadilan dengan satu premis sahaja – “sudah lama dipijak kaum cina.”

Ia memang tidak rasional. Tapi itulah hasilnya apabila kamu mengasak orang Melayu dan Islam.






Leave a Reply

Threesome