Menu Utama

Calon PM Terbaik? Siapa Dia?

 

PAKATAN kata calon Perdana Menteri  mereka adalah yang terbaik, lebih baik dari Datuk Sri Najib Tun Razak kononnya.  Macam kita ni teruja sangatlah dengan apa yang dia cakapkan tu.  Seoalah-olahnya inilah yang dinantikan – Pakatan mengatakan calon Perdana Menteri mereka lebih baik dari Najib.

Ni nak sebut ni, terbaik tak terbaik tu bukan isunya, isunya sekarang ialah, siapa calon Perdana Menteri Pakatan tu?  Itu yang orang nak tau, bukan terbaik ke tidak.  Lagipun orang bodoh macam mana umum calon terbaik tanpa menamakan siapa dia?  Tak tahu orangnya siapa, nak tahu terbaik macam mana?

Inilah yang rakyat kena tahu betapa Pakatan selalu membodohkan rakyat untuk menutup kegagalan mereka menamakan calon Perdana Menteri sehingga sekarang.  Keluarlah cerita calon terbaiklah itulah inilah, siapa orangnya? Entah.

Anyway, dah tentulah dia tu dipihak yang bertentangan, takkan dia nak cakap calon Perdana Menteri dia lebih teruk dari Najib pulak kan?

Lagipun boleh percaya ke cakap Pakatan ni?  Dulu pernah dia kata Khalid Ibrahim tu Menteri Besar terbaik yang Selangor pernah ada tapi tak lama lepas tu segala yang buruk semuanya Khalid sampai tunjuk dokumen-dokumen yang kononnya menyenaraikan kelemahan Khalid.  Bila Khalid bawak ke Mahkamah, kesipuan pulak bila kena minta maaf.

Semua ini patut menjadi sebab yang baik untu menolak Pakatan.  Politiking banyak sangat sampai mengelirukan rakyat.  Bukan susah pun nak sebut satu nama, tapi sebab pergolakan dalaman sesama sendiri yang tiada kesudahan, nak sebut satu nama itupun susah.

Itu saja ceritanya.






Leave a Reply

Threesome