Menu Utama

Bandar Malaysia: Yg Tamat Perjanjian Bukan Konsortium China Tu Pun..

REALITI dengan orang Pakatan ialah dia bukan peduli apa terjual, apa tergadai dan apa yang dibayar dalam negara ni.  Pada dia yang penting ialah cari macam mana cara boleh maki kerajaan hari-hari untuk meneruskan kelangsungan mereka dalam politik negara ni.

Inilah halnya yang berlaku dalam isu penamatan perjanjian Bandar Malaysia antara TRX (entiti dibawah Kementerian Kewangan) dengan Konsortium IWU (24% dipegang syarikat dari China) kelmarin.  Dah berbulan-bulan main isu kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak menjual kedaulatan negara kepada China (walaupun pegangannya hanya 24%) dalam soal Bandar Malaysia ini, bila perjanjian itu ditamatkan, dia konar ke lain pulak.

Kononnya penamatan itu bukti China sekat pelaburan, gambarannya seolah hilang kepercayaan kepada ekonomi negara, yang kemudiannya akan disusuli dengan negara nak bankrap, tak lagi dipercayai dunia dengan sebagainya.  Padahal, yang tamat perjanjian itu bukan konsortium itu pun tapi Kementerian Kewangan (melalui TRX)!!

Yang isu jual kedaulatan tadi dah pergi mana?  Anyway nak sebut jugak ni (walaupun dah terbukti tak berkaitan), pelaburan China dalam negara ni bukan satu, kalau kerajaan China sekat pelaburan seperti yang digebangkan Pakatan, kenapa satu ni saja, yang lain tu jalan saja nampaknya.

Penamatan perjanjian ini pun bukan tanda dunia nak kiamat atau 1MDB nak bankrap.  Banyak lagi negara lain atau entiti perniagaan lain dari China yang boleh mengambil alih.  Atau paling tidak, kerajaan saja meneruskan projek Bandar Malaysia ni tanpa pelaburan asing, boleh juga.

Kesimpulannya, inilah yang rakyat perlu perhatikan politik puak-puak Pakatan ni.  Kalau dia cakap pasal jual kedaulatan tu, bukan sebab dia patriotik pun.  Kalau sebut pasal hutang negara tu, bukan sebab dia peduli pun.  Ini semua politik dan politik semata-mata, tidak ada apa yang lebih dan kurang dari itu.






Leave a Reply