Menu Utama

Apabila Melayu Menjadi Agen DAP Menipu Rakyat (1): KDNK Tertinggi Kepala Bana Guan Eng

Oleh Amin Yatim

1. Saya menerima satu tulisan panjang lebar daripada seorang Melayu bernama Mejar Zaidi yang mengangkat dan mengkagumi pentadbiran DAP di Pulau Pinang sebagai kononnya terbaik dan terhebat. Saya akan mengulas kebodohan Melayu ini dalam beberapa bahagian. Saya fikir jika beliau bukan Melayu jangan kata pangkat Mejar, masuk askar pun belum tentu layak.

2. Dalam bahagian pertama saya ingin mendedahkan pembohongan Lim Guan Eng yang diulangi oleh askar pencen ini.

3. Beliau mengulangi penipuan Lim Guan Eng dan DAP bahawa Pulau Pinang berjaya meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tempat TERCOROT semasa zaman Barisan Nasional ke tempat *PERTAMA* dalam masa 8 tahun sahaja selepas mengambil alih. Sebenarnya KDNK per kapita bukan indikator utama pertumbuhan ekonomi negeri. Namun demi meneruskan perbahasan bodoh ini, saya akan menunjukkan penipuan Lim Guan Eng.

4. Saya telah menyemak beberapa laporan audit dan statistik. Tidak ada sebarang bukti menunjukkan KDNK perkapita Pulau Pinang mneingkat dengan drastik. Pulau Pinang tidak pernah menduduki tempat pertama sama ada dari segi jumlah KDNK per kapita mahu pun peratusan kenaikan.

5. Pada tahun 2007, KDNK Per Kapita Pulau Pinang ialah RM 31,039.00 dan pada 2015 ialah RM 44,487.00. Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kenaikan jauh lebih tinggi iaitu RM 44,801 pada 2007, dan mencatatkan RM 94,722.00. Agak-agak KDNK Per kapita negeri mana meningkat dengan lebih tinggi?

6. Dakwaan Guan Eng bahawa Pulau Pinang berada pada kedududukan tercorot semasa Barisan Nasional juga bukan sahaja tidak masuk akal, malah tidak disokong oleh statistik. Secara logik mustahil Pulau Pinang negeri yang mempunyai bilang penduduk sekitar 700 ribu orang (2007) dengan ekonomi dirancakkan oleh pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa boleh berada di tempat tercorot dari segi KDNK Per Kapita. Tapi Guang Eng berani menyanyikan penipuan ini kerana ada Melayu yang menjual harga diri demi sesuap nasi.

7. Dari segi statistik laporan Ekonomi Malaysia bagi tahun 2006 jelas menyatakan, Pulau Pinang mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi pada 2006 iaitu 9.9, diikuti Negeri Sembilan (8.9 peratus), Kuala Lumpur (8.4 peratus), Kedah (7.5 peratus), Terengganu (6.7 peratus) dan Perak (6.6 peratus). Pada 2006, Selangor telah menyumbang sebanyak 21.2 peratus kepada nilai KDNK nasional. (Utusan Malaysia: “KDNK setiap negeri diumum”, 10 November 2009).

8. Lim Guan Eng mungkin boleh menipu sebahagian orang, tetapi bukan semua orang begitu bodoh menelan sahaja kata-kata beliau.

9. Untuk Zaidi bekas Mejar ATM, tidak malukah menjadi alat menyebarkan pembohongan Lim Guan Eng ini? Tidak malukah mengambil upah mneyebarkan pembohongan untuk sebuah parti yang diketahui umum ingin menghapuskan hak-hak bumiputera dan agama Islam?-MYKMU.NET

 

 

 

 

 

 






Leave a Reply

Threesome