Menu Utama

Apa Nilai Ethos & Avenue Capital Kepada Mahathir Sekarang?

UNTUK budak-budak yang baru mengenal Mahathir, silalah google dua nama syarikat di atas, dengan tambahan “Mahathir” dan anda pasti tahu bahawa Mahathir memang gemar menggunakan syarikat tertentu sebagai platform untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri – lama sebelum 1MDB ini wujud pun.

Ethos dan Avenue Capital adalah antara dua syarikat yang sering menjadi sasaran Mahathir dalam usahanya untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sekitar 2005-2008 dulu, sama seperti 1MDB dan SRC International digunakan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini.

Melalui syarikat-syarikat itu, Mahathir mendakwa Tun Abdullah menjual negara kepada Singapura, menjadikan menantunya kaya raya dan sebagainya – tak satu pun yang terbukti sehingga sekarang.  Anyway, kalau nampak persamaan dengan apa yang dilakukan Mahathir terhadap Najib sekarang, jangan terperanjat sebab Mahathir guna modus operandi yang sama.  Tukar nama saja, Ethos dan Avenue Capital kepada 1MDB dan SRC manakala menantu kepada anak tiri.

Tapi nak sebut ni, diakhirnya Mahathir tidak peduli pun dengan semua syarikat ini dah mahupun individu yang berkenaan, bila apa yang dia hajati tercapai.  Hari ini tanya balik Mahathir pasal Ethos dan Avenue Capital, haram dia tidak akan peduli padahal sewaktu Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dulu, itulah dua syarikat yang sering keluar dalam setiap penulisan di blog mahupun ceramah yang dia memberi.

Samalah macam 1MDB dan SRC International ini  besok kalau usaha menjatuhkan Najib ini berjaya.  Mahathir tidak akan ambil peduli sekalipun pada satu ketika dia menampakkan seolah-olahnya inilah masalah terbesar yang boleh membawa kejatuhan sebuah negara seperti Malaysia – skandal kewangan terbesar dunia kononnya.

Moralnya, Mahathir tidak pernah peduli dengan rakyat atau apa yang boleh menyebabkan kerugian kepada negara ini.  Dia hanya peduli kepada matlamatnya sahaja – matlamat menghalalkan cara.  Samalah halnya seperti kerjasama politik dengan PKR dan DAP, ingat Mahathir peduli ke dengan semua parti-parti ni nak melungkup atau jadi apa?

Yang penting hanya dia saja.






3 Komen to Apa Nilai Ethos & Avenue Capital Kepada Mahathir Sekarang?

  1. Hodoh says:

    Madey dah lupa

  2. Memang Baik says:

    Guna bersangka baik dan bermuhasabah diri, berlapang dadalah dengan menyakini bahawa segala sesuatu yang berlaku sudah diatur pencipta dari awal lagi. Allah akan memberi hidayah pada sesiapa yang dikehendaki Nya. Allah memberi keluasan rezeki pada sesiapa yang dikehendaki dan dipilih oleh Nya.

    Tiada apa yang akan berlaku tanpa izin Nya. Malah segala kejadian berlaku dengan izin dan redhaNya.. Kita umat Muhamad diseru untuk memanjatkan doa kita tiap hari tiap waktu memohon dariNya kerana kita manusia tidak tahu apa yang diuntukkan pada kita. Maka atas status tidak tahu apa yang kita bakal diberi inilah kita diminta memohon dan terus memohon. Pohon perlu dari Nya saja kerana Dia maha memberi, pemurah dan penyayang lagi mengetahui.

    Jika sesaorang itu terus begitu, disitu… itu semua adalah dengan kehendakNya. Jika yang seorang lagi juga terus berada ditempat yang sama, buat kerja yang sama, itu juga atas izin dan kehendakNya. Berlapang dadalah, kerana kita manusia tanpa kuasa, kudrat atau tenaga.

  3. Asaif Barkiya says:

    Madey adalah liabiliti kepada negara,bangsa dan agama.Sifat madey yang korosif, merosak dan memusnahkan apa saja yang di sentuh tetapi di tutupi oleh kononnya legasi.Amat mual dan jijik pada usia rumah kata pergi kubur kata mari madey menyibukkan diri secara berpolitik menghalalkan cara untuk mencapai cita cita menjatuhkan seorang PM,parti politik dan bangsa melayu.Beliau ada pilihan untuk berganding dan membantu apa yang patut bila kerajaan sediada di uji di dalam dan di luar negeri tetapi beliau membuat pilihan untuk menjatuhkan dan merosakkan apa yang ada.Memang betullah madey akhir hayatnya menjadi liabiliti ketara kepada kita semua rakyat Malaysia.Legasi songsang di akhir kalam seorang pengkhianat agama,bangsa dan negara.

Leave a Reply

Threesome