Menu Utama

‘Anak-Anaknya’ Yang Menyusahkan Rakyat Dan Kerajaan

Baru-baru ini khabarnya dia menangis. Katanya dia menangis kerana merasakan seolah ‘anaknya sudah dijual’. Penulis tidak pasti ‘anaknya’ yang mana satu yang dia maksudkan dijual. Namun jika diteliti, banyak ‘anak-anaknya’ yang menyusahkan rakyat di kemudian hari.

Penulis juga tidak pasti sama ada dia sudah berhenti menangis atau tidak. Jika benar anaknya ‘dijual’, dia sepatutnya fikir kembali apa punca ‘anaknya’ dijual. Mungkin ‘anaknya’ itu sudah melampau, tidak faham bahasa, mengada-ngada dan menyusahkan rakyat hingga membuat ramai yang menyampah.

Padahal, jika dia tangiskan ‘anaknya’ yang satu itu, kenapa pula ‘anak-anaknya’ yang lain dia tidak tangiskan bila dijual. Sebagai contoh, sebuah kilang besi di utara Tanah Melayu ini, khabarnya sudah sekian lama dijual. Kenapa dia tidak menangis sambil meratap di blog?

Sekiranya dikaji dan diteliti, kemudian diperbahaskan, mungkin ramai yang akan setuju bahawa ‘anak-anaknya’ sememangnya menyusahkan. Jika tidak menyusahkan kerajaan, ‘anaknya’ itu akan menyusahkan rakyat.

Salah satu ‘anaknya’ sebagai contoh, walaupun dilihat memberi manfaat besar, namun dalam diam amat menyusahkan rakyat dan kerajaan di belakang hari. Mungkin inilah bahana bila orang buat dasar penswastaan, dia pun teringin mahu buat dasar yang sama.

Satu ‘anaknya’ ketika mahu ‘dilahirkan’ memang gah memberi manfaat. Dengan kadar paling minimum, ‘anaknya’ itu telah memacu pembangunan dari utara hingga ke selatan semenanjung negara. Banyak manfaatnya ketika awal ‘dilahirkan’, bukan?

Dia ‘licik’ sebenarnya. Ketika ‘anaknya lahir’, dia masih lagi Perdana Menteri dan ketika itu, kadar bayaran yang anaknya kenakan paling rendah. Namun menurut perjanjian untuk ‘lahirkan anak’ itu, kadar bayaran kepada ‘anaknya’ itu perlu dinaikkan mengikut jadual 3 tahun sekali.

Jadi apabila dia ‘bersara’, maka sudah tentulah ‘anaknya’ berhak untuk menaikkan kadar bayaran mengikut jadual. Bila ‘anaknya’ naikkan kadar bayaran, maka terbebanlah rakyat. Bila rakyat terbeban, maka marahlah rakyat kepada kerajaan dan ia dijadikan modal politik pembangkang.

Mahu tidak mahu, untuk meredakan kemarahan rakyat yang terbeban, maka terpaksalah kerajaan membayar pampasan kepada ‘anaknya’. Jika pampasan itu bernilai RM20 saja, maka tiada masalah. Masalahnya, difahamkan pampasan yang perlu dibayar bernilai puluhan dan ratusan juta ringgit!

Dan kini, ‘anaknya’ itu benar-benar menyusahkan kerajaan dan rakyat. Beberapa kali ia mencetus kemarahan rakyat dan sudah beberapa kali ia menghabiskan wang kerajaan yang sepatutnya boleh digunakan bagi tujuan lain yang lebih bermanfaat untuk semua.

‘Anaknya’ itu jelas menyusahkan rakyat berbanding ‘anak’ Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak. ‘Anak’ Najib mungkin lahir di dua negeri Borneo, Sabah dan Sarawak. Malah ‘anak’ Najib itu jauh lebih hebat dan jauh saujana pemandangannya. Dari hujung Sarawak, hinggalah ke hujung Sabah!

Lebih menarik lagi, ‘anak’ Najib itu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada rakyat! Sejak ‘lahir’ nanti, hinggalah bila-bila pun, ‘anak’ Najib itu percuma! Kenapa Najib begitu berjiwa besar memberi kebajikan kepada rakyat berbanding dia? Mahu kayakan ‘kroni’ sendiri?

Itulah Najib yang dia kutuk-kutuk dan perlekeh saban hari sekarang ini hingga dia sanggup bersekongkol dengan musuh yang dia hina dan hentam setiap masa dulu. Bila orang kata dia ‘desperate, dia enggan mengaku!

Itu baru sedikit kisah ‘anaknya’. Ada banyak lagi kisah ‘anak-anaknya’, bukan? Itu belum lagi dikisahkan anaknya yang sokong LGBT, yang mungkin boleh disifatkan lebih liberalis dan lebih sosialis daripada DAP. Belum lagi anak-anaknya yang lain, bukan?

Bila orang nasihat supaya ingatkan ‘tikar sejadah’, dia hentam balik orang itu. Orang nasihat, bukan menuduh dia tidak solat atau murtad. Orang nasihat sebab orang sayang padanya, supaya dia tidak terus hanyut dengan dunia politik duniawi. Orang nasihat dia sebab akhiratlah tempat tujuan setiap hamba Allah. Dia bukan nabi, bukan?






Leave a Reply