Menu Utama

ADUN DAP Warganegara Australia, Kredibiliti DAP dan TalentCorp Harus Dipersoalkan

Oleh Ab Jalil Backer

Pendedahan Dewan Undangan Negeri Sarawak mengenai status kewarganegaraan salah seorang adunnya, Dr. Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) sangat mengejutkan dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang negeri Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh mendedahkan bahawa Tiong Choon tidak layak menjadi ADUN kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

ADUN Pujut itu adalah pengundi berdaftar di Australia dan melanggar peraturan kerana tidak memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai status berkenaan.

“Tiong Choon mendapat kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010 dan pernah diisytihar muflis sebanyak dua kali di negara itu pada 21 Jun dan 11 September 2012,” katanya.

Tindakan DUN Sarawak memecat Tiong Choon bertetapan dengan keperluan Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Sarawak. Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan seseorang itu hilang kelayakan warganegara apabila beliau memegang kewarganegaraan negara lain atau mengundi di negara lain.

Tiong Choon dalam kenyataan balas menyatakan beliau telah melepaskan kewarganegaraan Australia apabila direkrut oleh TalentCorp untuk pulang ke Malaysia.

Ini menimbulkan persoalan yang baharu bukan sahaja kepada DAP tetapi juga Talentcorp.

DAP

Rakyat Malaysia pasti tertanya-tanya mengapa DAP memilih seseorang yang mempunyai dwi kerakyatan sebagai calon untuk mewakili parti tersebut dalam pilihan raya negeri yang lalu sangat menghairankan. Dihuni oleh sekian banyak peguam, mustahil DAP tidak mengetahui kesalahan ini.

Pada suatu ketika dahulu DAP begitu gah menghentam Menteri Pelancongan Ng Yen Yen (MCA) kerana pernah mempunyai status penduduk tetap Australia bagi tempoh 1990 hingga 1993. Tapi hari ini mereka mencalonkan warganegara Australia dan pengundi di negara Kangaroo tersebut sebagai wakil rakyat.

TalentCorp

Selain DAP, pandangan juga terarah kepada TalentCorp sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Mneteri. TalentCorp ditubuhkan untuk menjadi “matchmaking” dalam inndustri di Malaysia. Ia bertujuan menarik pulang warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara dengan menempatkan mereka di industri yang memerlukan kepakaran tenaga keraja profesional ini di Malaysia.

Selain itu, TalentCorp juga bertujuan merekrut ekspatriat yang berkualiti tinggi untuk bekerja di Malaysia. Tidak ada satu pun fungsi TalentCorp ialah membawa rakyat negara lain ke Malaysia untuk diberi kerakyatan dan kemudiannya menjadi calon pilihan raya.

Jika benar dakwaan Tiong Choon bahawa beliau dibawa pulang oleh TalentCorp, kita harus mempersoalkan kemampuan agensi ini sendiri mengenali bakat-bakat besar industri untuk di bawa ke Malaysia.

Tiong Choon mendapat kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010 dan pernah diisytihar muflis sebanyak dua kali di negara itu pada 21 Jun dan 11 September 2012.

Bagaimana orang yang dua kali muflis ini dianggap sebagai indvidu berkualiti tinggi untuk dibawa ke Malaysia adalah sangat misteri.

Kini TalentCorp DILIHAT mewarganegarakan rakyat Australia. Penjelasan perlu dibuat oleh TalentCorp mengapa ini terjadi.

Kita juga tertanya-tanya berapa ramai lagi agen DAP dibawa pulang dengan karpet merah oleh TalentCorp.

Sebaliknya, bagi DAP ia bukan ada apa-apa luar biasa dengan kaedah ini. Kesetiaan DAP adalah kepada perjuangan gaya hidup mereka bukan nasionalisme atau maruah negara.-MYKMU.NET






4 Komen to ADUN DAP Warganegara Australia, Kredibiliti DAP dan TalentCorp Harus Dipersoalkan

  1. Said says:

    Tak Kan la pihak berwajib Malaysia x tahu tentang ni.boleh je semua orang jd adun.lawak la malaysia

  2. Jentayu says:

    Nampaknya pengurusan telentcorp seolah bermain sendiwara. Menteri yg bertanggung jawab perlu siasat siapakah dalang disebalik isu ini. Mereka tak boleh mendiamkan diri saja. Krediabiliti mereka dipertikaikan

  3. Lentang says:

    Regarding this, i wonder a lot more that having ‘two nationalities’ especially in east peninsula M’sia.
    Another place is in Sabah… PRU14

  4. mono_rindo@yahoo.com says:

    Kita harus ingat Jabatan Perdana Menteri dikendalikan oleh seorang ahli korporat bukannya seorang politikus…….Idris Jala yang diambil oleh Najib untuk menguruskan JPM…jadi Najib tidak boleh berbuat apa-apa segala tindak-tanduknya kerana jika Najib kurang selesa dengannya…dia boleh bila-bila masa boleh meninggalkan jawatannya tanpa diarah……jadi Najib biarkan ia bertindak mengikut naluri negatifnya selagi tidak memudaratkan keamanan & ekonomi negara.

    Talent Corps pula tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh wewenang…dibiarkan bertindak mengikut acuan penerajunya…inilah kelemahan para pemimpin kita kononnya mengamalkan sistem demokrasi yang tak lagi demokratis sepenuhnya. Demokrasi atas batasnya bukannya hak mutlak ikut nafsu sendiri…… patuhilah artikel Perlembagaan Persekutuan & nas alQuran berkaitan hak asasi manusia jagat.!!!!

Leave a Reply