Menu Utama

Thursday, May 18th, 2017

 

Pensyarah UPSI Dikritik Netizen Gara-Gara Doa Laknat

Dr. Rozaimi Ramle, Pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dikritik hebat oleh netizen kerana telah berdoa laknat kepada pihak tertentu. Isu ini timbul berikutan tindakan persatuan yang dipimpinnya, Persatuan Al-Qayyim (IQ) membuat iftar dengan meletakkan harga maksimum bernilai RM30,000 semeja. Di samping itu, perbelanjaan IQ juga dikritik hebat dan sumber kewangan persatuan tersebut dipertikaikan yang menimbulkan kepanasan kepada pensyarah terbabit. Pihak netizen berasa ralat kerana seorang pensyarah tersebut tidak menunjukkan peribadi seorang pendidik kerana lebih mudah menggunakan pendekatan laknat daripada menasihati khalayak umum seperti yang ditunjukkan oleh agamaBaca Lagi


Retrospektif Makna Sengsara Dalam Pemikiran Didi Miya dan Anak Muda Melayu

Oleh Ab Jalil Backer Saya terbaca satu komentar seorang gadis Melayu menggunakan akaun Facebook Didi Maya mengagung-agungkan perbuatan biadap David Teoh dalam majlis bersama Perdana Menteri. Karangan beliau yang huru-hara tatabahasa tersebut antara lain membawa maksud “padan muka Najib Razak yang menyusahkan rakyat.” Saya berasa kasihan kerana anak muda Melayu seawal usia 20-an sudah mendapat gambaran yang salah terhadap cabaran kehidupan dalam dunia. Saya fikir pemikiran beliau ini mewakili sebahagian besar anak muda Melayu yang benci Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan. Beliau marah dan benci Najib Razak kerana percayaBaca Lagi


PM Lawat Abdul Hadi Di IJN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa. Perdana Menteri yang meluangkan masa selama 15 minit turut bertemu dengan keluarga Abdul Hadi dan doktor yang merawat Anggota Parlimen Marang itu. “Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan. “Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” kata Najib di laman Twitter dan Facebook beliau. IJN dalam kenyataan Isnin lepas berkataBaca Lagi


Sudah Tandus Isu Sampai Terpaksa Kutuk Pantai Malaysia Di Oman

Sekali itu ombak sampai ke pantai, maka pasir pun berubah. Sekali sudah masuk jadi penasihat kepada pakatan pembangkang, maka prinsip pun berubah rubah. Kadang kadang kena U TURN untuk menyesuaikan diri bersama DAP, PKR dan PAN. Sampai terpaksa cari apa sahaja isu untuk memperlekehkan kepimpinan negara. Destinasi pelancongan Malaysia pun menjadi bahan isu untuk memperlekehkan kepimpinan negara di luar negara. Itulah yang berlaku pada Mahathir. Dalam satu forum yang diadakan di Muscat, Oman baru-baru ini, Mahathir telah memperlekeh keadaan pantai dan destinasi pelancongan negara di hadapan negara asing dengan tujuanBaca Lagi


#ItuPantaiPenamparSampai: Terbukti Najib Pendamai Terbaik

PAKATAN cuba mengaitkan insiden yang berlaku di Sri Perdana semalam dengan status latarbelakang salah seorang pelaku sebagai ahli UMNO.  Hakikatnya insiden itu berlaku kerana provokasi yang dicetus satu pihak yang membawa kepada tindakbalas oleh satu pihak yang lain, bukan ada kena mengena siapa jadi ahli parti politik mana. Puak-puak ini dalam kepala tidak ada lain, cari jalan bagaimana untuk kutuk Perdana Menteri. Mereka bukan peduli sangat kepada semua individu yang terlibat secara khasnya mahupun golongan artis secara amnya. Yang ada dalam kepala ialah bagaimana untuk mempolitikkan perkara tersebut untuk keuntunganBaca Lagi


Guan Eng akui tanah dijual tanpa tender terbuka

Kontroversi mengenai tanah rakyat seluas kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel di sini akhir­nya terjawab selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan tanah itu sudah diberi pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta. Perkara itu diakui sendiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang turut mengesahkan perjanjian dengan Island Hospital Sdn. Bhd. bagi pembinaan hospital swasta tersebut tidak dibuat menerusi tender terbuka. Jelas beliau, per­kara itu meman­dang­kan syarikat ber­­kenaan adalah pe­labur bereputasi dan dianggap sebagai pelaburan daripada syarikat multinasional (MNC). “Perjanjian itu dimeterai tahun lalu dengan premium tanah RM30 juta sudahBaca Lagi