Menu Utama

Usul Kecam Shabudin Di Sidang DUN Bukti Dendam Guan Eng Masih Membara

Rupanya, telahan tentang betapa dahsyatnya serangan berbentuk caci, maki dan sebagainya dari puak-puak DAP yang diandaikan berpunca dari api kemarahan mereka ke atas Shabudin bukan hanya omong-omong kosong.

Telahan tersebut boleh dibaca di LEBIH MAHAL DARI HARGA BANGLO GUAN ENG, HARGA YANG PERLU DIBAYAR OLEH YB TASEK GELUGOR

Hari ini, api kemarahan itu jelas belum reda dan ia membawa kepada satu lagi fasa; Guan Eng dilaporkan mahu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, berikutan kenyataan mengenai perkahwinan antara perogol dan mangsa di Dewan Rakyat, baru-baru ini dengan membawa usul mengecam ucapan perbahasan tersebut di sidang DUN Pulau Pinang.

Sungguh pun terdapat lambakan bahan untuk rujukan seperti video perbahasan, hansard parlimen malah kenyataan rasmi oleh Shabudin sendiri, anak kepada ahli politik antik ini tetap memilih untuk terus mempolemikkan keadaan.

Kenapa? Mengapa? Terkejut dengan laporan tentang tindakan yang bakal diambil oleh Guan Eng? Jangan terkejut, kerana dasar untuk Guan Eng berbuat demikian sangat jelas, nyata dan terang.

Pertama, sudah tentu tentang dendam. Al maklum sahajalah, Shabudin merupakan individu bertanggungjawab yang mendedahkan skandal banglo mewah tanpa kolam renang milik Guan Eng. Jadi, ini adalah masa terbaik untuk memburuk-burukkan lawan, kerana adanya peluang untuk berbuat demikian.

Kedua, itulah sifat asal muasal DAP. Tanpa mengambil kira bahawa apa yang sedang mereka cuba lakukan adalah berlandaskan pembohongan, segalanya adalah halal demi untuk mencapai matlamat. Maka, usahlah berbicara tentang soal moral dan hakikat kebenaran dengan mereka-mereka ini, kerana tipu daya juga pilihan mereka.

Baru bertudung, bersongkok dan petik sedikit ayah Al Quran, sudah ada yang melalak kononnya DAP pembela Islam. Bodoh piang la hangpa nih!






Leave a Reply