Menu Utama

Tidak Salah Bukan Melayu Jadi Ketua Pengarah JPJ

Oleh Ab Jalil Backer

Penyebaran surat cadangan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang baharu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri menimbulkan tanda tanya besar mengenai pengurusan pejabat kedua-dua ahli politik tersebut.

Dalam surat yang tersebar, Liow Tiong Lai telah mencadangkan nama Dato Valluvan a/l Valloo dibenarkan memangku gred JUSA B dan dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu mengantikan Datuk Seri Nadzri Siron.

Bagaimanapun surat cadangan tersebut telah disebarkan dan dijadikan isu perkauman oleh sesetengah pengguna media sosial.

Siapa untung apabila terdedah surat Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri; dan sebahagian penyokong UMNO di media sosial menjadi cauvinis tidak bertempat? Sudah tentu parti lawan yang sering menghasut rakyat bahawa UMNO ini sebuah parti perkauman yang jahat.

Malah lebih menyedihkan ialah betapa teruknya nilai amanah di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan. Surat Menteri kepada Perdana Menteri pun boleh bocor kepada umum.

Persoalan lebih jauh ialah salahkah KP JPJ dilantik dari kalangan bukan Melayu? Jawatan ini bukanlah satu jawatan yang membabitkan kepentingan bumiputera dan Islam. Justeru adalah tidak wajar sama sekali untuk mempertikaikan cadangan pelantikan ini dari sudut kaum atau agama.

Tidak salah jika mahu dipertikaikan cadangan menaikkan pangkat dari Jusa C ke B bagi membolehkan beliau menjadi KP JPJ. Ini membabitkan kedudukan dan kepentingan ramai lagi pegawai Jusa B yang layak memegang jawatan tersebut. Namun mempertikaikan cadangan tersebut dari sudut bangsa adalah tidak munasabah sama sekali.

Apakah kita hendak beritahu bukan Melayu tidak layak jadi Ketua Jabatan hatta bagi Jabatan yang tidak babitkan
kepentingan Islam dan Bumiputera?

KP JPJ sekarang Melayu tapi tidak sempat-sempat beliau hendak kuatkuasakan Kejara menjelang Pilihan Raya Umum. Ada untung pada BN dan UMNO?

Akhirnya, jika mahu terus kekal lama dalam perubahan dunia hari ini, perjuangan agama Islam dan kedudukan bumiputera harus berlandaskan hujahan dan alasan rasional bukan emosional.-MYKMU.NET






5 Komen to Tidak Salah Bukan Melayu Jadi Ketua Pengarah JPJ

  1. abdullah al banji says:

    Mcm lah x ada Melayu yg layak jadi KP. Sekor dua bukan Melayu jadi ketua kpd beribu Melayu.

    Meraikan bangsa lain sampai lepas semua hak Melayu. Baik bagi bukan Melayu jadi PM kalau nak merai sangat.

  2. JokerJoe says:

    Soalnya bukan saja tentang kewajaran tetapi juga tentang perbuatan melobi utk jawatan yg lebih yg mungkin menjadi kesalahan tatatertib.

  3. JokerJoe says:

    maaf tertinggal perkataan ‘tinggi’…jawatan yg lebih ‘tinggi’

  4. sukarno says:

    macam mana surat ni boleh terlepas..???
    ini baru surat biasa….mcm mana kalu dokumen rahsia dan melibatkan keselamatan negara..??
    makcik cleaner di PMO ke yg bocorkan surat ni…??
    sesungguhnya ada ramai pegawai kerajaan yg perlu di siasat tahap integriti mereka…

  5. wan jamak says:

    kenapa nak langgar hieraki?
    dia sekarang di JUSA C, nak dilantik utk MEMANGKU JUSA B. belum rasmi JUSA B lagi. mana pergi pegawai2 JUSA B yg dah lama duduk di JUSA B. ataupun pegawai JUSA A? takkan takda satu pun yg sesuai?
    apa rational budak JUSA C ni?

Leave a Reply

Threesome