Menu Utama

Setelah PAS-DAP-PKR, Giliran Gabungan Pembangkang Di Sabah Pula Berantakan

Akhirnya, Parti Cinta Sabah pimpinan Wilfred Bumburing menoktahkan kerjasama dengan gabungan United Sabah Alliance (USA), apabila mengumumkan parti itu keluar dari gabungan tersebut.

Bukan sesuatu yang rahsia, bahawa terdapat pergeseran di antara Bumburing dengan presiden STAR Sabah, pimpinan Jeffrey Kitingan sebelum ini. Namun, Bumburing berkali-kali menafikan bahawa perbezaan pendapat bukanlah bermaksud mereka tidak boleh bersama. Sekarang apa sudah jadi?

Terkenal sebagai seorang yang opportunis persis Ezam Md Noor, tindakan partinya itu bukanlah sesuatu yang mengejutnya. Cuba selidik, berapa banyak parti yang telah beliau sertai dan keluar. Persis katak, maka Bumburing dan Ezam berpisah tiada. Terakhir, kemenangannya pada PRU13 bertanding atas tiket PKR. Mungkin atas sebab sudah terbiasa dengan parti politik bertaraf nasional, lantas membuatkan Bumburing tidak yakin dengan gabungan parti tempatan Sabah.

Apa langkah beliau berikutnya?

Penulis menjangkakan beliau akan membuat kerjasama dengan Parti Warisan Sabah, yang dikepalai oleh Shafie Afdhal. Selain itu, menilai dari citarasanya dengan parti-parti berstatus nasional, tidak mustahil beliau akan turut mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP. Sedang citarasa mungkin sebahagian dari pemberat kepada keputusan partinya, sekali lagi watak si opportunis perlu diberi perhatian. Maknanya, beliau mungkin tidak yakin dengan gabungan pembangkang tempatan (Sabah), lantas memilih untuk bersama kumpulan parti yang dilihat lebih kuat dan berpeluang menang.

Matematiknya mudah, andai bertembung satu lawan satu pun, diantara partinya menentang Parti Warisan Sabah atau DAP dan PKR, beliau mungkin sedar kekalahan tidak lagi boleh dielakkan. Apatah lagi jika 3 penjuru atau 4 penjuru.

Gabungan USA (United Sabah Alliance) kini hanya disertai Pakatan Harapan Sabah (Harapan) pimpinan Datuk Lajim Ukin; STAR Sabah yang dipimpin Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai Datuk Yong Teck Lee serta Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) pimpinan Arshad Abdul Mualap.






Leave a Reply

Threesome