Menu Utama

Seks Dengan Gadis Bawah Umur, Rogol dan Pemberita Cap Ayam

Hari ini berteraburan fitnah dalam media kononnya Ahli Parlimen Tasek Gelugor menggalakkan perkahwinan antara perogol dengan mangsa rogol.

Sebenarnya apa yang Y.B Shabudin Bin Yahaya (Tasek Gelugor) nyatakan ialah tidak salah perkahwinan akibat penzinaan dengan pasangan wanita bawah umur.

Ini kerana hanya Common Law mengklasifikasikan kes penzinaan (seks suka sama suka) membabitkan gadis bawah 16 tahun adalah kes rogol – “Statutory rape”. Dalam undang-undang Islam, hubungan seks suka sama suka antara pasangan yang akil baligh adalah penzinaan. Tidak ada istilah “statutory rape”.

Jelas dalam Penyata Parlimen, beliau membincangkan soal kes “Statutory rape” berdasarkan suka sama suka yang berakhir dengan perkahwinan bawah umur

Malah beliau dengan jelas menyatakan perkahwinan tersebut tidak menyebabkan pelaku dikecualikan daripada tindakan undang-undang sedia ada.

Datang pemberita ini, memetik di luar konteks menyatakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor sokong perkahwinan antara mangsa dan perogol.

Masalah dengan pemberita bukan Islam ialah mereka melihat dari neraca liberalis barat semata-mata.
Lebih teruk sebahagian pemberita bukan Melayu (bukan semua) di negara ini, terutama yang bekerja di Malaysiakini dan akhbar berbahasa Cina, mempunyai pengetahuan undang-undang yang sangat terhad dan tidak melalui sistem pendidikan kebangsaan untuk memahami sosio budaya negara ini.

Malah ada yang tidak boleh memahami bahasa Melayu dengan baik menyebabkan mereka sering tersalah tafsir kenyataan dalam bahasa Melayu,

Lalu jadilah seperti peristiwa hari ini, seorang bekas Hakim Mahkahmah Syariah dituduh membela perogol.

Dipetik dari Facebook AB Jalil Backer






Satu Komen to Seks Dengan Gadis Bawah Umur, Rogol dan Pemberita Cap Ayam

  1. DIKWANG says:

    KALAU “ORANG LAIN” BUAT KENYATAAN SALAH.. ..”ORANG LAIN” ITU AKAN DISALAHKAN …KALAU ORANG MEREKA BUAT KENYATAAN SALAH “ORANG LAIN” JUGA DISALAHKAN…NASIB BAIK LAH YANG LAPUR MEDIA MEREKA SENDIRI ..KALAU TIDAK 4 BULAN LAH JADI ISU

Leave a Reply