Menu Utama

Sejarah Terlakar Lagi, 3 Pemuda Malaysia Menjejakkan Kaki Ke Kutub Utara!!

KUTUB Utara.

Ramai pernah dengar nama tempat ini tapi tidak ramai yang tahu apakah dia.  Kutub selatan tu ramailah orang tahu sebab ada Antartika tapi Kutub Utara ini ramai yang tak tahu apa dia yang sebenarnya sebab dia tak langsung macam Antartika melainkan cuaca sejuk melampau.

Mahathir sebelum nak berhenti jadi Perdana Menteri dulu, menggunakan kemudahan kerajaan untuk melawat Antartika, Kutub Utara dia tak berani.  Sebab Kutub Utara ini tidak seperti Antartika dimana ada banyak binaan manusia di atasnya yang boleh dijadikan petunjuk tanda dah sampai, sedangkan kutub utara tidak ada.

Jika sampai kemuncak Everest diiktiraf sebagai kejayaan menawan  puncak tertinggi dunia itu, mereka yang mahu dipahat namanya sebagai antara manusia yang telah sampai ke Kutub Utara, perlu menjejak kaki ke kawasan yang dikenali sebagai ‘titik 90 darjah iaitu titik paling utara di bumi.

‘Titik 90 darjah’ ini hanyalah kawasan lapang yang terletak ditengah Laut Artik.  Tapi sebab laut Artik ni laut beku, maka penjelajah boleh sampai ke situ.  Penjelajah akan tahu sudah sampai ke titik 90 darjah ini hanya bila kompas atan sistem penunjuk arah yang mereka gunakan (kalau berfungsi), terbalik semula ke arah selatan.

Sebelum hari ini, pernah seorang rakyat Malaysia menjejakkan kaki ke kawasan sekitar kutub utara ini tapi jaraknya berbeza. Jarak yang penuh sehingga tiba betul-betul di titik 90 darjah seperti dilakukan kumpulan 3 penjelajah dari Kelab Eksplorasi 7 Benua {KE7B} hari ini?  – baru pertama kali.

Kelab yang sama pernah terlibat mendaki 7 puncak tertinggi dunia (termasuk Everest), renangan di Selat Inggeris dan kini menjejakkan kaki ke Kutub Utara pula.  Bukan kerja mudah ni, selain cuaca sejuk melampau (-15), banyak rekahan ais menghalang sepanjang perjalanan.

Ini satu lagi sejarah tercipta dibawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Banyak faedah saintifik mahupun ekonomi dari eksplorasi ini kerana Kutub Utara antara kawasan dara di muka bumi ini yang tidak banyak ditandai manusia.  Deposit minyak antara terakhir dan terbesar di dunia ini pun katanya terletak di sini.

Kalau nak bahas faedah wang ringgit, Mahathir hantar komando naik Everest pertama kali tahun 1997 dulu, apa untung wang ringgit yang ada?  Atau beli Lotus yang tak pernah untung lebih 20 tahun – tapi ini cerita lainlah walaupun dalam skop yang sama, untung wang ringgit.

Sekian.






Leave a Reply

Threesome