Menu Utama

RUU355: Jangan Pernah Dilupakan Peristiwa Semalam Yang Membuktikan Siapa Lim Kit Siang Dan DAP!

Beberapa minggu yang lalu, kita disajikan dengan sketsa raih simpati dari Lim Kit Siang tentang kononnya pihak media cuba memberi gambaran tidak elok kepada dirinya. Antik politik zaman dinasor itu mendakwa, dirinya menjadi mangsa media yang cuba melabelnya sebagai “anti-Islam” dan “anti-Melayu”.

Untuk rekod, hansard Parlimen menukilkan ucapan-ucapan yang pernah dilafazkan oleh Kit Siang, sejak bergelumang di arena politik negara. Apa ucapan Kit Siang sewaktu negara menghadapi tragedi berdarah 13 Mei? “Malai-si”, begitulah ucapannya yang sehingga ke hari ini, tiada permohonan maaf darinya lantas membuktikan betapa tinggi sifat angkuh dan chauvinisnya.

Itu belum diambil kira dari laporan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang jelas menyatakan penglibatan DAP di dalam tragedi tersebut.

Konsistennya Lim Kit Siang dengan apa yang dilakukan tidak boleh dipertikaikan lagi, apabila perbuatannya semalam di parlimen, sekali lagi membuktikan antik politik itu tidak pernah berubah sikap dan pendiriannya, khususnya kepada Islam. Itu hakikat, dan semalam, tanggal 7 April 2017 menjadi saksi, bahawa segalanya tentang Lim Kit Siang adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka.

Lim Kit Siang adalah Lim Kit Siang, DAP tetap DAP.

RUU355, yang dibentangkan adalah untuk memperkasakan undang-undang syariah serta terpakai hanya kepada umat Islam sahaja. Apa logik akal, seorang yang bukan Islam, cuba untuk campurtangan dalam hal ehwal yang langsung tiada kena mengena dengan dirinya jika dipersetujui dan dilaksanakan kelak? Yang jelas seperti ini juga mereka tidak segan silu untuk menentang, hairankah kita jika puak-puak yang sama juga mengganggu urusan Islam seperti yang berlaku ke atas Majlis Fatwa Pulau Pinang?

“Lakum Dinukum Waliyadin”, maka serahkanlah urusan agama Islam kepada umat Islam, sedang umat Islam tidak pernah mencampuri urusan agama-agama lain. Bahkan, ketika Islam menjadi agama persekutuan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan, agama-agama lain juga bebas untuk diamalkan.

Kuasa Allah Taala, ingin memberi petunjuk dan hidayah kepada yang mahu berfikir. Jelas, nyata dan terang, bahawa apa yang diperkatakan sejak zaman berzaman tentang Lim Kit Siang dan DAP tidak pernah meleset walau seinci pun.

Apa lagi yang kamu was-was kan?






Leave a Reply