Menu Utama

Rasuah: Mulianya Latif Bandi Berbanding Guan Eng

JIKA dilihat kebelakang, sememangnya tanpa keraguan lagi bahawa melepaskan jawatan apabiola di dakwa di Mahkamah, bukanlah pendirian mana-mana pemimpin pembangkang – dari era Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat sehinggalah ke Pakatan Harapan sekarang.  Apa kes pun lah.

Orang Pakatan ni, cakap saja berdegar-degar tapi buatnya tak pernah.

Dalam hal Lim Guan Eng.  Sekalipun Tony Pua memberi gambaran Guan Eng akan melepaskan jawatan sebaik didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah, itu nampaknya tidak berlaku.  Mulia pulak lagi Datuk Abdul Latif Bandi yang melepaskan jawatan sebagai Exco Negeri Johor selepas di dakwa atas 33 pertuduhan rasuah.di Mahkamah.

Ironinya, kita seringkali dilagukan dengan soal intergriti oleh Guan Eng, tak pernah pulak kita dengan Latif Bandi bercakap pasal intergriti tapi bila kedua-duanya didakwa atas perlakuan rasuah, hanya Latif Bandi saja yang letak jawatan, sementara Guan Eng masing menjadi Ketua Menteri sehingga sekarang.

Kurang cakap tapi buat.

Nak cerita tak bersalah, Latif Bandi pun tak mengaku bersalah tapi beliau melepaskan jawatannya atas prinsip tidak mahu masalahnya dikaitkan dengan kerajaan negeri mahupun parti.  Sedangkan Guan Eng?

Rakyat patut melihat perkara ini sebagai satu lagi bentuk hipokrasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan.  Cakap macam bagus tapi habuk pun takde.






Leave a Reply