Menu Utama

Rafizi Tidak Boleh Bezakan Antara Pinjaman Bank Pembangunan RM 305 juta Pada Kadar Faedah 4% Dengan Jumlah Pelaburan Sebenar Kerajaan

Rafizi Ramli Pembelit Profesional “Selamba Badak” di Parlimen

Gambar oleh BERNAMA

AHLI PARLIMEN PANDAN, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen kononnya kerajaan berbelanja mewah sebanyak RM 380 juta untuk 60% saham; sedangkan Peter Sondakh (Kumpulan Rajawali) hanya mengeluarkan RM 25 juta untuk 40% saham; dalam projek pembangunan komersial Hotel St Regis dan Langkawi International Covention Center.

Beliau juga mengaitkan bilionair Indonesia itu sebagai sahabat baik Perdana Menteri dan menimbulkan kecurigaan kepada rakyat bahawa projek ini merupakan satu projek Najib Razak dan Peter Sondakh bukannya projek pembangunan biasa.

Sebahagian rakyat suka dengar dan percaya bahawa kerajaan ini bodoh, lemah dan korup kerana mereka mahu terus menyalahkan kerajaan atas kegagalan hiduo mereka.

Lalu apabila Rafizi Ramli mendakwa kerajaan ini berbelanja mewah dan melakukan transaksi perniagaan yang tidak logik, ramai yang percaya. Diselitkan sedikit dalam ucapan beliau mengenai harga minyak dan GST, Rafizi cuba menunjukkan kerajaan sepatutnya membelanjakan wang ke arah kesejahteraan rakyat bukannya projek mega.

Rafizi memaklumkan projek ini dibiayai oleh pinjaman bank Pembangunan Malaysia sebanyak RM 305 juta dengan kadar faedah 4%. Dalam projek usahasama ini Kerajaan mengeluarkan modal dalam bentuk suntikan dana 35 juta dan geran 40 juta. Jumlah ialah RM 75 juta sahaja.

Hebatnya Rafizi, beliau “selamba badak” berbohong dalam Parlimen bahawa kerajaan telah ditipu dengan melakukan pelaburan sebanyak RM 380 juta bagi 60% pegangan sahaja.

Sukar dipercayai Rafizi tidak boleh membezakan pinjaman sebanyak RM 305 juta pada kadar faedah 4% dari Bank Pembangunan dengan jumlah pelaburan sebenar kerajaan dalam projek terbabit.

Beliau mencampurkan jumlah pinjaman RM 305 juta dengan pelaburan RM 75 juta dan menjadikan jumlah keseluruhan RM 380 juta. Lalu inilah yang beliau nyatakan sebagai jumlah pelaburan kerajaan untuk 60% pegangan dalam kedua-dua projek ini.

Kaedah perakaunan dan perniagaan ini yang sangat misteri dan hanya difahami oleh Rafizi. Tapi itulah kelebihan Rafizi. Bijak berkata-kata menipu zombies politik.-MYKMU.NET


Ucapan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak ucapan perasmian majlis pecah tanah Hotel St. Regis Langkawi dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) beberapa tahun lalu.

“Sudah tiba masa meneruskan misi Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana Menteri) untuk Langkawi. Banyak kejayaan yang telah dicapai..dan kita perlu membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita perlu beberapa pelaburan yang kukuh ..jenama kelas tinggi perlu ada di Langkawi. Satu pendekatan baharu, untuk membawa Langkawi ke satu tahap…setaraf dengan Bali, Monaco dan tempat-tempat lain, apa yang kita panggil destinasi percutian nautika…Kemewahan! Itulah konsepnya, kita mahu Langkawi menjadi antara (destinasi) yang terbaik di dunia,”


Latar Belakang Projek St Regis (Harian Metro)

Langkawi: Bagi meletakkan nama Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di dunia, pembinaan The St Regis Hotel and Resorts di Kuah, di sini, dilihat mampu menjadi pencetus kepada titik perubahan dalam industri percutian mewah di negara ini khususnya di Langkawi.

Hotel mewah yang dibina di pesisiran pantai Kuah itu dijangka mula dibuka kepada pengunjung pada November ini dan akan menjadi sebagai salah satu daripada destinasi tumpuan pelancong dari serata dunia.

Ia menawarkan 85 bilik bertaraf suite dan tiga vila terapung yang dibina dengan pemandangan Selat Melaka dan diuruskan oleh Starwood Hotels and Resorts Worldwide Inc.

Hotel ini adalah milik Integrated Nautical Resort Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Rajawali, Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan prapelancaran hotel itu dalam kenyataannya berkata, pembinaan The St Regis Langkawi akan menjadi pelopor dalam meningkatkan sektor percutian di negara ini setanding Monaco di Perancis dan juga Bali di Indonesia.

“Malah, dengan integrasi Komuniti Ekonomi ASEAN pada akhir tahun ini berserta penghormatan sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, saya begitu komited dalam mengubah landskap Langkawi menjadi sebuah destinasi pelancongan pulau bertaraf dunia sambil menyerlahkan lagi kemudahan terbaik yang terdapat di negara kita,” katanya.






Leave a Reply

Threesome