Menu Utama

PM tinjau program ‘Jom Bantu Rakyat’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninjau kerja membaik pilih rumah milik peserta program ‘Jom Bantu Rakyat’ di Kampung Tenggoh dan Kampung Baru Padang Kerbau, dekat sini, hari ini.

Datuk Seri Najib meluangkan masa lebih 20 minit di Kampung Tenggoh dan turut mengecat dinding rumah milik warga emas, Hasmah Ibrahim, 74 tahun. Hasmah berterima kasih dan terharu dengan kunjungan Perdana Menteri ke rumahnya yang mengalami kerosakan akibat banjir pada tahun 2014 dan tahun lalu.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam proses menyiapkan rumah ini. “Mereka menjalankan kerja penambahbaikan ini sejak Isnin lalu bagi memberi keselesaan kepada kami…,” katanya.

Pada masa sama, Datuk Seri Najib turut melawat sebuah lagi rumah seorang pesara, Abdul Ghani Abdul Rahman, 59, di Kampung Baru Padang Kerbau, dekat sini. Yang turut hadir, isterinya Datin Seri Rosnah Mansor dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Berita Harian






Leave a Reply

Threesome