Menu Utama

Perpecahan Melayu: Mahathir Kata PAS, PAS Kata Mahathir. Siapa Yang Betul?

Bukan sesuatu yang rahsia, bahawa polemik perpaduan Melayu sudah lama membelenggu orang Melayu. Berdekad lamanya isu berkaitan akidah ini hangat diperkatakan, gara-gara skala pengkafiran besar-besar oleh PAS kepada orang Melayu yang menyokong UMNO.

Suka tidak suka, tidak siapa yang boleh menafikan bahawa polemik ini telah membawa kepada perpecahan umat Islam dan Melayu. Kisah surau dengan 2 imam, pemulauan kenduri kendara gara-gara polemik halal atau tidak sembelihan, dan kisah perkahwinan terbatal, semuanya menceritakan kesan dari polemik akidah ini.

Apakah hanya itu punca perpecahan umat Islam dan Melayu? Sudah tentunya tidak. Sedang kita membicarakan tentang PAS, jangan lupa apa yang berlaku sewaktu Mahathir memimpin UMNO selama 22 tahun. UMNO pernah diharamkan, gara-gara Mahathir. Semangat 46 pula lahir, pimpinan Ku Li yang tidak sehaluan dengan ayah kepada Mukhriz, Mokhzan dan Mokhzani ketika itu. Semangat 46 bukan yang terakhir, kerana PKR ditubuhkan pada zaman pentadbiran Mahathir, berpunca dari skandal yang cukup memalukan negara.

Jadi, antara tuduhan Mahathir ke atas PAS, dan dakwaan PAS ke atas Mahathir tentang siapa punca perpecahan Melayu, pihak yang mana sebenarnya bersalah?

Jawapannya adalah kedua-duanya mempunyai kesan dan sumbangan kepada perpecahan Melayu, berdasarkan kepada sejarah politik orang Islam dan Melayu di Malaysia.

Lebih teruk, Mahathir yang dimamah usia, masih terus-terusan menyumbang kepada perpecahan Islam dan Melayu melalui penubuhan parti berteraskan pribumi dan Melayu itu.

Tiada apa yang rahsia, apabila PAS dilihat sudah mula menerima hidayah dan nur perpaduan, walaupun idea penggabungan UMNO dan PAS dilihat ibarat langit dan bumi jaraknya. Sekurang-kurangnya, polemik berdekad tentang akidah sudah hampir menemui titik noktahnya. Namun PAS dan Mahathir tetap penyumbang utama perpecahan Islam dan Melayu.

Kini, UMNO yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan berjiwa besar, menghulurkan tangan kepada mana-mana pihak yang sudi bersahabat sambil mengelak untuk bermusuh. Itu bukti bahawa UMNO, sesuai dengan namanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, tidak pernah mahu melihat perpecahan Islam dan Melayu, sebaliknya apa yang berlaku dahulu berpunca dari nakhodanya.






Leave a Reply