Menu Utama

Mesin Perakam Waktu Pelajar Inisiatif PIBG, Tidak Babitkan Bajet Kerajaan

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof mengalu-alukan inisiatif beberapa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di beberapa sekolah yang melancarkan penggunaan mesin perakam waktu (punch card) kehadiran pelajar sebagai catatan kehadiran.

Mengulas pelbagai kom di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Terengganu yang kini menjadi viral di media sosial.

Menurut Khair, penggunaannya adalah cadangan PIBG yang bertujuan mendisiplinkan murid, mempertingkatkan keupayaan pengurusan masa dan diri, menanam kepatuhan kepada peraturan dan mematangkan murid dengan pendedahan realiti kehidupan.

“Kebenaran diberi kepada sekolah untuk penggunaan secara mendidik bukan untuk tujuan menghukum. Pengenalan ini adalah dengan niat dan harapan boleh mengurangkan kecenderungan datang lewat ke sekolah dengan sengaja ” kata Khair ketika mengulas penularan isu pengenalan mesin perakam waktu kehadiran pelajar di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Terengganu di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Khair juga menjelaskan buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk melaksanakan ke seluruh negara kerana ia membabitkan kos yang tinggi. Bagaimanapun Kementerian mengalu-alukan inisiatif oleh PIBG atau pihak swasta.



« (Previous News)



Leave a Reply