Menu Utama

Malaysia-India meterai 31 MoU bernilai RM158.4 bilion

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perniagaan berjumlah RM158.4 bilion dimeterai antara syarikat-syarikat Malaysia dan India hari ini.


Memorandum persefahaman perniagaan Malaysia-India itu melibatkan projek-projek seperti pembinaan pelabuhan, lebuh raya, stesen janakuasa tenaga solar, pembangunan bandar pintar dan taman teknologi, pembinaan terminal penggasan semula, pembangunan projek pemprosesan kelapa dan kelapa sawit serta pendidikan tinggi.


Antara yang menjadi tumpuan adalah projek bandar pembangunan bersepadu bandar maritim di Pulau Carey antara MMC Port Holdings Sdn. Bhd., Sime Darby Property Berhad dengan Adani Ports dan Special Economic Zone Limited bernilai RM100.3 bilion untuk tempoh 30 tahun.


Projek Pelabuhan Pulau Carey antara MMC dan Adani pula bernilai RM41.3 bilion.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua industri Malaysia dan India di Hotel Taj Palace di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE







Leave a Reply