Menu Utama

Locus Standi: Lena Sangat Ezam ‘Tidur’, Bangkit Tidur Terus ‘Gila’!

Memimpin sebuah parti baru, kita faham bahawa Ezam perlukan peluru untuk kekal berada di dalam radar politik negara. Peluru tersebut harus bersifat “boom”, dengan angka yang berjela-jela panjang serta nilainya.

Oleh yang demikian, tidak hairan jika Ezam seolah-olah “menyalin” semula apa yang berkaitan dengan tuduhan oleh Department of Justice ke atas¬†1MDB, meskipun usaha yang sama pernah dilakukan oleh Matthias Chang dan Husam Musa sebelum ini dan telah ditolak oleh Mahkamah US. Sepanjang lebih 100 tahun sejarah kehakiman moden AS, Mahkamah Agung negara itu memutuskan bahawa individu tidak boleh menyaman bagi pihak semua warga AS apatah lagi yang mewakili rakyat sebuah negara luar.

Maka, atas “locus standi” apa untuk Ezam menyaman Perdana Menteri Najib Razak berhubung dengan 1MDB? Apa pula hak Ezam untuk berbuat demikian?

Sebagai contoh, jika Ezam duduk secara haram di tanah orang lain dan tuan tanah itu menghalau Ezam dari tanah tersebut, maka Ezam mungkin ingin menuntut gantirugi dari tuan tanah dengan menyaman beliau di Mahkamah. Memandangkan Ezam tidak ada apa apa hak atau perkaitan di tanah itu, Mahkamah akan tolak tuntutan atau saman Ezam berikutan tiadanya locus standi. Jadi, kembali kepada perkara pokok, apakah locus standi Ezam dalam tuntutan samannya terhadap Najib Razak?

Apa yang sedang dilakukan oleh Ezam sebenarnya hanya bermotifkan keuntungan politik, selain mencari publisiti murahan untuk meletakkan dirinya relevan di dunia politik tanah air. Seperti mana beliau mengheret 6 kotak dokumen sebagai strategi pemasaran politiknya, begitulah apa yang cuba dilakukannya ketika ini.

Hakim Lord Denning pernah menyatakan bahawa konsep locus standi diperkenalkan bagi menghalang Mahkamah melayan mana mana “busy body”. Mujur, kalau tiada konsep locus standi, makin merepeklah saman-saman berkaitan hal politik di Malaysia. Boleh juga kalau kita kategorikan Ezam ini dalam kategori “busy body” oleh Hakim Lord Denning.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr. Tang Seng Giaw, yang juga ahli Parlimen DAP, melalui siasatan yang dijalankan oleh PAC, menegaskan bahawa Perdana Menteri Najib Razak tiada kena mengena dengan isu 1MDB.

Ezam, sebelum ini dikecam ramai netizen apabila dilihat gagal secara total menjalankan tugasnya sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan. Tanya seorang sahabat, “apa sudah jadi dengan Ezam sekarang?”

Penulis menjawab “Itulah bahana lena sangat “tidur”, bangkit-bangkit terus “gila”!”






Satu Komen to Locus Standi: Lena Sangat Ezam ‘Tidur’, Bangkit Tidur Terus ‘Gila’!

  1. Memang Baik says:

    Setelah dilantik jadi senator oleh BN dia berharapkan bolih jadi timbalan menteri, walau pun tidak jadi menteri. Tanpa dia sendiri sedar bahawasanya manusia yang bernama Ezam tidak memiliki apa2 kredential yang kuat untuk dia diterima selain dari rahsia 6 biji peti yg dijaja olihnya sekian lama.

    6 peti itu pun sebenar tidak berpeti kerana peti memang tak ada kecuali tong taik hasil kerja pencacai pengangkat najis (bak kata arwah P Ramlee).

    SEmasa bersama Anwar Ezam juga tidak berbuat apa2 selain dari menutup aktiviti haram Anwar. Akhirnya dia berskandal dengan anak Anwar sendiri.

    Lumrah politik negara kita ialah tertubuhnya parti baru olih manusia kecewa. Mereka terpaksa tubuhkan jua walau ketiadaan hala tuju atas nama kesinambongan bukan perjuangan.

Leave a Reply