Menu Utama

Kasihan Melihat Mahfuz Cuba Bersihkan Diri Sebelum Muktamar…

Jauh dari sudut hati, penulis agak ‘simpati’ kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar, yang kelihatan terkial-kial cuba meneutralkan keadaan. Mungkin dia sedar, ramai pemimpin dan akar umbi PAS yang marah padanya.

Dia pun cuba mencari jalan mempopularkan diri. Dia serbu sidang Dun Kedah dan memutar belit cerita kepada rakyat supaya menyalahkan Dato’ Seri Ahmad Bashah. Tapi rupanya strategi itu tidak menjadi. Rupanya orang Kedah lebih marah padanya berbanding Menteri Besar Kedah itu.

Lalu dia cuba pula bermain kata, kononnya tidak tahu muktamar PAS bakal berlangsung hujung bulan ini. Konon mulannya enggan hadir. Tapi rupanya strategi itu juga tidak mujarab. Teruk dia diherdik pemimpin dan penyokong PAS, menggesa supaya dia keluar parti.

Mungkin kerana itu, dia buat pusingan u. Dia kata akan hadir pula ke muktamar. Lantas dia meminta supaya pemimpin dan akar umbi PAS tidak mengecamnya. Dia minta agar kritikannya sebelum ini tidak disalah faham. Kononnya dia buat begitu kerana ‘sayangkan parti’…

Baru-baru ini, terbit pula artikel di Harakah hasil garapan sahabat ‘sekepalanya’, Subky Latif. Tulisan itu banyak memuji Mahfuz dan cenderung ke arah propaganda ‘menyelamatkan’ Ahli Parlimen Pokok Sena itu dari dihentam pada muktamar PAS nanti.

Artikel itu mengimbas segala pengorbanan dan jasa Mahfuz di dalam PAS sejak zaman mudanya hingga kini. Kononnya Mahfuz sayangkan PAS lebih dari sayangkan bini? Sampai begitu sekali Subky cuba menjaga muka Mahfuz dari ‘diludah’ penyokong PAS?

Pada pandangan penulis, memang benar Mahfuz banyak berjasa kepada PAS. Siapa boleh lupa pada kata-kata keji, caci maki dan hamun tuturnya di pentas ceramah PAS dulu? Setaraf Mat Sabu, segala kata kesat bagaikan zikir mainan harian mereka.

Sejak dari dulu lagi, penulis melihat Mahfuz dan rakan-rakan baiknya seperti Mat Sabu merupakan liabiliti dalam parti berkenaan. Wujudnya mereka dalam parti itu bukan membawa imej Islam, malah lebih kepada memburukkan imej Islam dan PAS sendiri.

Pada penulis, sebenarnya ramai di kalangan masyarakat di negara ini yang menjauhi PAS kerana perangai mereka. Meneliti perjuangan mereka, apa yang dikejar hanyalah lebih kepada kepentingan politik semata-mata dan bukan kerana redha Allah.

Jika tidak, Mat Sabu dan konco-konconya tidak akan keluar selepas kalah dalam pemilihan PAS. Sekiranya mereka lebih mementingkan perjuangan PAS, mereka tidak akan keluar parti dan tubuhkan parti baru dan menghentam PAS bertalu-talu. Itu ukhuwah yang ada pada mereka?

Mahfuz mungkin belum keluar dari PAS kerana bai’ah. Walau dia menafikan, ramai yang mencebik bibir atas tindakannya yang biadap terhadap parti sendiri. Dia bukan baru sertai PAS dua hari. Dia tentunya sedar tindakannya menyerang PAS secara terbuka itu salah dari sudut disiplin parti, bukan?

Jadi, mengapa dia tetap memalukan PAS di khalayak umum? Mengapa pula dia serang PAs secara terbuka hingga menjatuhkan air muka pucuk pimpinan? Kenapa tidak gunakan saluran penuh berhikmah, bertemu secara tertutup untuk menyatakan buah fikiran dan ketidakpuasan hati? Semuanya angkara nafsu politik melebih kepentingan jemaah bukan?

Maka kerana itulah penulis lihat, Mahfuz sememangnya layak dipecat keluar dari PAS bersempena muktamar parti itu nanti. Biar ia jadi pengajaran kepada semua. Tidak kira PAS, UMNO, PKR atau DAP, memang itulah tindakan yang wajar kepada mereka yang bersikap seperti Mahfuz. Itu normal.

Cuma, kita nantikan saja sama ada PAS berani atau tidak mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Jika PAS pecat, maka satu ‘kepala virus’ sudah dinyahkan. Namun jika tidak dipecat, maka penulis yakin ada yang akan ketawakan pucuk pimpinan PAS selepas muktamar PAS nanti…






Leave a Reply

Threesome