Menu Utama

Kalau Nak “Privacy”, Kenapa Buat Di “Public”?

Sejak semalam, media sosial telah mengalami suhu kepanasan yang luar biasa berikutan munculnya foto-foto dengan aksi-aksi bajet “sweet”, pasangan yang dipercayai menganggotai sebuah parti kesinambungan dari People’s Action Parti di Singapura.

Bukan kali pertama, pasangan tersebut sebelum ini juga telah dikritik hebat oleh netizen berikutan foto-foto yang dimuatnaik di laman media sosial milik mereka.

Dasar liberal, alasan yang diberi kononnya hak “privacy” mereka diceroboh. Entah apa yang dimaksudkan dengan “privacy”, sedang kelakuan sedemikian dilakukan di depan “public”. Apa kejadahnya kalau “keperibadian” ditunjukkan di hadapan orang ramai? Apakah mereka tidak sedar tentang apa yang dilakukan disebabkan pengaruh khayal, atau sememangnya itulah cara hidup mereka sehingga sangat trauma dengan RUU355?

Sifir mudah, apabila anda menjadi “public figures”, samada dalam bidang politik atau industri seni, pastinya segala gerak geri anda diperhatikan oleh masyarakat. Kalau hendak privacy, jadi sahaja orang biasa, yang kalau pun mabuk di tepi jalan tiada siapa ingin ambil peduli.

Apatah lagi jika mereka itu berada di dalam kumpulan yang mahu dikenali sebagai “pemimpin”, tentu sahaja rakyat perlu tahu jenis orang yang bagaimanakah yang sedang ingin memimpin. Kelak, rakyat juga yang bakal memilih.

Dengan cara dan gaya hidup sedemikian, sekarang barulah kita faham, kenapa dan mengapa mereka tergolong di dalam kumpulan yang menentang kuat RUU355. Al maklum sahajalah, mana mungkin mereka menyokong jika RUU355 nanti mampu menjadi penghalang kepada perbuatan-perbuatan sedemikian. Bak kata orang, “prevention is better than cure”.

Now, it is proven that without prevention, such immoral activities are very difficult to cure. Please let others to know that both of them now are really sick.

And most of the Malaysians now are also sick of them too!

 






Satu Komen to Kalau Nak “Privacy”, Kenapa Buat Di “Public”?

  1. TORATORA says:

    Letih melayan manusia yang tiada jiwa. Mereka merasakan setiap perkara yang mereka lakukan hari2 tidak related antara satu sama lain. Mungkin mereka fikir, jika mereka menjadi seorang guru disebelah siang, maka disebelah malam mereka boleh menjadi pelacur pula dan orang lain tidak berhak menegur kerana aktiviti malam dan siang mereka adalah dua perkara yang berbeza dan tidak boleh dicampur adukkan kerana melibatkan hak individu dan privacy mereka.

    GOLONGAN INI MEMANG SPISIS CELAKA. LEBIH CELAKA JIKA MAKBAPAK YANG MENANGGUNG DOSA PERBUATAN MEREKA, MENYOKONG KELAKUAN SPISIS INI.

Leave a Reply