Menu Utama

Jalinan ukhwah hidup barokah

oleh Kang Nasir

Menjalin ukhwah amalan mulia islam sifat Mahmudah amalan #TASAWUF. Amalan-amalan juga amalan yang membersihkan hati selain Zikrullah. Dan inilah JLN PENYELESAIAN menghindar dari persengketaan itupun jika kita mahu hidup bahagia dunia hingga akhirat dengan limpahan rahmat dari Allah. Dan jika kita mahu dipanjangkan usia untuk terus berusaha beramal ibadah, dimurahkan rezki dan disayangi sesama saudara kita juga disaran agar menjalian ikatan silaturahim.

Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu ia berkata.
“Artinya : Barangsiapa bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, niscaya dipanjangkan umurnya, dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya”
(Riwayat Imam Al-Bukhari)

Malangnya, amalan-amalan mulia islam ini sekarang seakan sudah seperti asing dinegara kita. Malah semakin ramai ilmuan yang berlumba-lumba mengajak kita bersengkrta menjauhi limpahan rahmat Allah dengan menghampiri laknat dari Allah. Disebabkan keengganan kita beramal dengan amalan islam itulah kita diazab dengan kepayahan kerana Allah sudah tidak lagi menolong kita malangnya ramai kalangan kita terus angkuh sombong enggan muhasabah diri lalu sengaja menzalimi diri dengan melakukan perbuatan keji memfitnah mencaci mencela konon dizalimi.

Rasulullah saw ada mengingatkan kepada kita,
“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah.”
(Hadits Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Oleh itu, bersamalah kita hindari sengketa semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita selama ini.

Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.”
(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)






Leave a Reply