Menu Utama

Bila Pengasas Kata ‘Cap Bunga’ Tak Boleh Menang PRU14…

Bagai mengesahkan desas-desus yang sebelum ini bertebaran dari mulut ke mulut dan tular diperkatakan di media sosial, hari ini salah seorang pengasas parti ‘cap bunga’ mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam parti yang kononnya ‘gah’ itu.

Mereka sebelum ini cakap besar di dada media. Berceramah di depan rakyat, lagaknya mereka bagaikan sudah pasti akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada esoknya. Begitu yakin sekali mereka menabur ‘auta’ di atas pentas…

Namun hari ini, Kamarul Azman Habibur Rahman membuka pekung di dalam ‘kelopak bunga’ satu persatu. Disebut nama Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga disebut nama Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, dua pemimpin utama yang menjadi ‘bahan catur’ Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas mengenai kenyataan ketua GKCM itu, sudah lama dapat dihidu oleh ramai pihak yang meneliti agenda sebenar parti ‘cap bunga’. Kata Kamarul, tiada agenda yang lebih bermanfaat pun di dalam parti itu kerana hanya mahu jatuhkan Perdana Menteri sahaja.

Pada pandangan penulis, jika agenda mereka hanyalah mahu menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sepatutnya Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sudah lama berpindah dan bermastautin di dalam kawasan Parlimen Pekan.

Mereka patut tinggal disitu dan berkempen setiap hari di segenap pelusuk parlimen itu tanpa jemu. Mereka boleh tabur seberapa banyak fitnah yang mereka mahu terhadap Najib. Cuma, kalau rumah mereka dibaling batu budak nakal, mohon jangan meroyan pula!

Dari dulu seawal penubuhan parti ‘cap bunga’, kita sudah beritahu bahawa mereka bukannya mencari jalan untuk selamatkan negara mahupun memberi manfaat kepada negara. Jika mahu buat demikian, 22 tahun sebelum ini sudah dibuat.

Namun ‘manfaat’ yang dia tinggalkan hanyalah seperti melahirkan PKR yang kini menjadi ‘budak suruhan’ DAP, pecah belah anak bangsa, tiada kesungguhan untuk menggunapakai hukum syariah yang lebih mantap.

Dari sudut ‘kemajuan’, dia tinggalkan pondok tol di lebuh raya sebagai ‘warisan’ hutang yang perlu dibayar oleh Kerajaan atau rakyat di negara ini. Jika dibina segala ‘monumen’ di seluruh negara pun, semuanya meninggalkan hutang kepada kerajaan dan labanya dinikmati oleh kroni?

Menariknya, Kamarul mendedahkan betapa ‘cap bunga’ lebih lemah berbanding pembangkang lain! Jika dibandingkan dengan BN yang menguasai kerajaan, itu tidak mengejutkan. Tapi bila dikatakan tiada kemahuan berbanding parti pembangkang lain, terus berderai ketawa penulis!

Tidak dapat penulis bayangkan rupa Mat Sabu menyeringai, Anwar tersengih dan DAP pula ketawa berdekah-dekah. Parti ‘cap bunga’ lebih lemah berbanding PAN, PKR dan DAP? Bila disahkan begitu, maka apa yang terbayang difikiran kita?

Padanlah Kamarul yakin parti ‘cap bunga’ tidak akan menang pada PRU ke-14 nanti. Dia antara pengasas, malah banyak menyandang jawatan tinggi termasuk di peringkat Pusat, maka sudah tentulah dia tahu apa yang berlaku di sebalik ‘kelopak bunga’, bukan?

Jadi, tidak perlulah ketua ‘budak kanyaq’ terhegeh-hegeh mencari jalan membuat justifikasi atas tindakan Kamarul keluar parti itu. Kononnya dia tahu Kamarul dan isterinya diugut? Ugut bagaimana jika Kamarul sendiri menafikan dakwaan karut ‘budak kanyaq’ itu?

Penulis yakin, apa yang berlaku hari ini bukanlah kemuncaknya. Malah mungkin ia baru bermula episod ‘kelopak-kelopak bunga layu di pusara’. Kemuncaknya akan kelihatan bila parti itu ditalkinkan. Lebih menarik lagi jika DAP yang baca ‘talkin’ itu, bukan? Kita nantikan…






Satu Komen to Bila Pengasas Kata ‘Cap Bunga’ Tak Boleh Menang PRU14…

  1. Jentayu says:

    #BNtenangPakatanGoyang

Leave a Reply

Threesome