Menu Utama

Baca Betul Baru Komen Isu Ucapan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Mengenai Perogol Kahwin Mangsa Bawah Umur

Oleh Ab Jalil Backer

Ini adalah petikan Hansard Parlimen membabitkan isu kontroversi kononnya Ahli Parlimen Tasek Gelugor cadang perogol kahwin dengan mangsa.

1. Jelas tidak ada cadangan tersebut.

2. Jelas Haji Shabudin hanya membincangkan isu perkahwinan dengan wanita bawah umur bukan kes rogol paksaan yang masyarakat biasa faham.

3. Haji Shabudin hanya menyatakan fakta bahawa tidak wajar dihalang perkahwinan dengan perempuan bawah umur yang membabitkan perbuatan terlanjur mengadakan hubungan seks suka sama suka.
———–
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]:

Akan tetapi isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kulai dalam beberapa contoh yang disebutkan tadi, saya melihat seolah-olah ia adalah merupakan dua perkara iaitu isu tentang jenayah seksual dan isu tentang perkahwinan bawah umur.

Kedua-dua perkara ini boleh dilihat secara berasingan. Isu jenayah seksual, berlakunya persetubuhan haram dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun adalah boleh ditakrifkan sebagai perlakuan rogol. Maka dalam hal ini, dalam Islam sendiri pun tidak memberikan apa-apa pengecualian.

Maka sekiranya ada apa-apa peraturan undang-undang yang boleh menghukum orang yang merogol, maka undang-undang rogol itu boleh dijalankan.

Akan tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mengganggu sekiranya pasangan itu diputuskan ataupun dipersetujui untuk berkahwin kerana tidak salah seorang gadis di bawah umur 16 tahun bersabit dengan rogol, dia berkahwin dengan orang yang merogolnya.

Itu dari segi undang-undang perkahwinan tidak ada apa-apa kesalahan. Akan tetapi kesalahan yang berlaku di sini ialah orang yang merogol itu.

Merogol seorang gadis di bawah umur 16 tahun, itu adalah satu isu lain, isu jenayah yang mana orang yang berkenaan boleh dan memang sepatutnya pun dikenakan apa-apa peraturan yang telah dikuatkuasakan di dalam negara kita…






Leave a Reply