Menu Utama

Agenda jadikan 1MDB ‘peluru’ gagal

PEMBANGKANG oh pembangkang! Macam-macam kerenah anda.

Mengapa sampai tidak boleh terima kenyataan bahawa International Petroleum Investment Company (IPIC) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya menyelesaikan perti­kaian secara baik?

Antara tuduhan cukup hangat dibangkitkan pembangkang dua tahun lalu berkisar pertikaian pembayaran sebanyak dua kali oleh 1MDB kepada IPIC.

Pembayaran ini sebenarnya agak pelik kerana dilakukan oleh 1MDB tanpa ada sebarang bukti pembayaran. Atas alasan inilah pembangkang mendakwa 1MDB telah menyelewengkan wang SRC yang didakwa disalurkan terus ke akaun Perdana Menteri.

Hakikat sebenarnya, menerusi fakta terkini yang dikeluarkan oleh IPIC kelmarin dalam satu kenyataan Bursa Saham London, IPIC menyatakan 1MDB tidak pernah membayar dua kali ganda seperti yang didakwa kepada IPIC.

1MDB hanya pernah membayar AS$3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran kepada IPIC. Namun, kemelut ini bermula apabila IPIC menafikan pembayaran berkenaan dibuat.

Namun, tanpa ada sebarang desakan mahupun arahan, IPIC dengan jelas telah mengakui dalam satu kenyataan mereka bahawa bayaran itu ada dilakukan.

Dalam kenyataan itu, IPIC menyatakan, pihaknya juga bersetuju untuk memasuki perbincangan dengan niat baik berhubung pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu. Ini bermakna bon AS$3.5 bilion itu akan diselesaikan berdasarkan kepada wang dari bayaran-bayaran tersebut.

1MDB juga tidak melepaskan hak untuk menyaman IPIC jika tiada persetujuan dicapai berkenaan pembayaran itu menjelang tahun 2020. Dalam kenyataan sama, pihak IPIC juga menyatakan 1MDB tidak pernah membayar tambahan AS$2.5 bilion kepada IPIC dan tidak akan membayar AS$2.5 bilion kepada IPIC.

1MDB akan menggunakan wang yang akan dijana daripada unit dana AS$2.5 bilion sedia ada yang telah dijamin oleh Aabar.

Berikut merupakan cara bagaimana AS$2.5 bilion itu akan digunakan:

1. Membayar balik IPIC AS$ 1.2 bilion yang merangkumi AS$1 bilion yang mereka bayar kepada 1MDB pada Jun 2015 dan AS$200 juta yang telah IPIC bayar untuk faedah ke atas bon AS$3.5 bilion pada tahun lalu.

2. 1MDB akan menyimpan AS$1.3 bilion yang selebihnya untuk membayar faedah ke atas bon AS$3.5 bilion sehingga tarikh matang.

Melihat kepada cara ini, terdapat sedikit perbezaan dari penyelesaian yang diumumkan kelmarin dengan persetujuan pertukaran aset pada Jun 2015. Mengikut perjanjian asal, tiada wang yang datang dari Kementerian Kewangan sama sekali. Namun, walau apa jua cara penyelesaiannya, ia lebih kepada memperakui 1MDB telah me­lakukan urusniaga yang betul d­an ia sama sekali jauh daripada apa yang didakwa IPIC sebelum ini.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara dalam saman sivil pada Julai 2016 menyatakan, kehila­ngan ini disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membayar wang itu kepada IPIC. Tetapi IPIC ketika itu menyatakan sebelum ini pada 2016 bahawa mereka tidak me­nerima wang itu.

Oleh itu dalam saman berke­naan menyifatkan terdapat kehilangan wang telah berlaku dalam urusniaga berkenaan. Bertitik tolak dari sinilah dakwaan pengubahan wang haram timbul sehingga dipolitikkan oleh pihak pembangkang de­ngan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Reza Aziz dan Jho Low sebagai penerima wang berkenaan.

Kesimpulannya sekarang, IPIC telah mengakui bahawa bayaran itu wujud dan mereka ada menerimanya.

Oleh yang demikian, sepatutnya tidak ada dakwaan `wang yang hilang’.

Dan lebih tepat lagi tiada lagi tohmahan liar yang mendakwa terdapat pengubahan wang haram yang dibayar terus kepada Perdana Menteri, Reza Aziz mahupun Jho Low.

Zulkifli Jalil
Utusan



« (Previous News)



2 Komen to Agenda jadikan 1MDB ‘peluru’ gagal

  1. Pools says:

    நீ யாரை எதிர் பார்த்துக்கொண்டு இருக்கிறாய்?

  2. Memang Baik says:

    Dari awal tohmahan Salah laku Di buat Tanpa Sebarang bukti . Semua bersandar pada cakap dengar yang dicanang setelah banyak ditokok tambah ,

    Rskyat tahu adanya ANC dan mereka bergerak dengan belanja bukan sedikit . Bila berbelanja mreka perlu bahan, senjata dan peluru . IMDb diakui memang sejenis peluru cukup baik . Dapat nya peluru itu seolah diberi rahmat Dunia oleh peneraju ANC .

    Kini peluru sudah tiba tempoh lupus dan hampir tidak memberi mudharat walau sehelai bulu roma. BN bakal menang bergaya dan Najib bakal senyum lebar hingga ketelinga .

Leave a Reply