Menu Utama

April, 2017

 

Mahathir Kuku Besi, Najib Razak Diplomasi

De-Facto-Leader PPBM, sekali lagi membenarkan kata-kata politik tentangnya apabila apabila mengalu-alukan pengkritik-pengkritik di dalam Parti Pribumi Bersatu agar keluar dari parti tersebut, atau dalam bahasa pasarnya, “sila berambus”. Jangan hairan, kerana memang sudah menjadi caranya tidak boleh dikritik. Perhalusi sahaja perjalanan politiknya, terutamanya pada era 22 tahun pemerintahannya. Semuanya harus memenuhi kehendaknya sahaja. Tanyalah mereka-mereka yang memilih untuk tidak bersama Mahathir, apa yang menimpa mereka. Tanyalah orang-orang lama dari Semangat46, dan kisah Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim. Itu hanya sebahagian sahaja. Samada cara pentadbirannya ketika itu betul atau tidak, masing-masing punyaBaca Lagi


Halau Ahli Keluar PPBM, Jangan Nanti Lepas PRU14 Tinggal Mahathir dan Mukhriz Sahaja

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menghalau pemimpin dan ahli PPBM untuk keluar dari parti dengan alasan tidak mahu golongan yang menyertainya disebabkan dendam ataupun kerana jawatan. “Berkenaan mereka yang ingin keluar parti, mereka dialu-alukan untuk keluar parti. Kami tidak mahu mereka yang berada di sini atas dendam peribadi atau mahukan jawatan,” katanya kepada media semalam. Ada gambaran perasaan yang tertekan dari kenyataan Dr Mahathir itu. Mahunya tak tertekan bila seorang dari tujuh pengasas PPBM telah bertindak keluar parti baru-baru ini. Itu belum cerita bagaimana macai paling dipercayanya, KhairuddinBaca Lagi


Kerajaan Tidak Belanja Boros, Ikut Had Dan Berhemah – Najib

Kerajaan tidak boros apabila berbelanja sebaliknya menekankan perbelanjaan mengikut kemampuan dan had serta berhemah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kita tidak boleh tergesa-gesa untuk berbelanja dan terpengaruh untuk berbelanja. Kalau meminjam duit perlulah untuk pelaburan produktif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kewangan 2016, di sini hari ini, Najib berkata kerajaan akan memastikan hutang negara berada di bawah paras 55 peratus. Menurutnya, pada 2016 hutang negara berada pada paras 52.6 peratus. Menurut Najib asas ekonomi kini dalam keadaan yang begituBaca Lagi


Pas bimbang negara diterajui parti sosialis

Pas bimbang negara ini akan diterajui oleh parti yang berpaksikan kepada perjuangan sosialis jika kerajaan sedia ada dijatuhkan pada pilihan raya umum akan datang. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika kerajaan berteraskan perjuangan sosialis itu berjaya membentuk kerajaan di negara ini, Pas memerlukan tempoh 60 tahun lagi untuk menjatuhkan kerajaan tersebut. “Saya harap kita semua memahami tuntutan ini dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi cabaran untuk berjuang memastikan gerakan Islam berjaya di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56 di Dewan Sekolah RendahBaca Lagi


GST dan Pendidikan

oleh Ab Jalil Backer Hujah penyokong Mahathir tanpa GST pun Mahathir mampu bangunkan negara lebih baik sangat tidak rasional. Mereka membuat andaian subjektif semata-mata. Dalam bidang pendidikan misalnya, jumlah guru pada zaman Mahathir (2000) hanyalah 267,010 orang untuk 4 juta lebih pelajar. Hari ini, Perdana Menteri Najib Razak (2016) mempunyai 421, 828 orang guru untuk 5 juta lebih pelajar. Pada tahun 2000 jumlah sekolah ialah 8,876 manakala pada 2016, Najib Razak mempunyai 10,180 sekolah untuk dibiayai. Ini belum mengambil kira pengenalan pelbagai teknologi yang telah meningkatkan kos pengurusan berbanding zamanBaca Lagi


Oh Muhyiddin: Tak Faham 1MDB Tetapi Mahu Keluarkan Kenyataan Juga

Terkekek-kekek, getaran suara yang singgah di halwa telinga. Bukan seorang, tetapi berjemaah, bersetuju dengan satu perkara, iaitu “bagaimana seorang yang sering berkata tiada maklumat dan tidak tahu tentang 1MDB mampu mengeluarkan kenyataan berhubung dengan syarikat itu”. Logik juga gelak tawa mereka, kerana jika diimbas kembali, Muhyiddin adalah individu yang pernah mendakwa dirinya tidak ada maklumat tentang 1MDB, dan terpaksa membaca The Edge untuk memahami isu tersebut. Lucu, kerana beliau merupakan anggota Jemaah Menteri yang meluluskan penubuhan 1MDB pada tahun 2009 dan merupakan antara anggota Dewan Rakyat yang meluluskan peranan 1MDB bagi menarik pelaburanBaca Lagi


Skandal Forex: Anwar Petik Nor Mohamed, Agak-Agak Nor Mohamed Petik Siapa?

DALAM satu kenyataan semalam, Anwar, ketika memberikan keterangan di hadapan pasukan Task Force yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal Forex yang menyebabkan negara kehilangan RM 44 billion pada pertengahan 90-an lalu, mengesahkan bahawa kerugian yang terpaksa ditanggung adalah antara RM 15 billion-RM30 billion – nilai pada waktu itu. Nilai pada waktu ini sudah tentu lebih besar lagi. Kenyataan ini tak langsung menyebelahi Mahathir yang masih bertegas kerugian dari skandal ini adalah sekitar RM 9 billion SAHAJA dan ia tidak lebih dari sekadar kerugian atas kertas – maksud tua kutuk ni, secaraBaca Lagi


Pembangkang tidak berpijak di bumi nyata

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang tidak berpijak di bumi nyata apabila menyatakan mereka tidak akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika diberi kuasa untuk memerintah negara. Perdana Menteri berkata, buktinya jelas dapat dilihat hari ini apabila mereka bertindak melakukan pusingan U terhadap pendirian berkenaan. Menurut beliau, kerajaan bakal kehilangan sumber kewangan sebanyak RM50 bilion jika tidak melaksanakan sistem percukaian berkenaan yang mana boleh memberi kesan kepada sistem perkhidmatan awam. “Pusing ‘U’ itu perkara biasa, banyak lagi yang mereka buat (pusingan U). Pembangkang berjanji sesuatu tidak ada faktaBaca Lagi


GO GO GO PM Najib Razak

#AttactMode. Biar terkucil IBLIS DAJAL LAKNAT yang menghasut seluruh rakyat ikut mereka terjun ke neraka bersama mereka. Selama ini kita sekadar menangkis segala hasutan dan fitnah-fitnah serta cerita dongen rekaan mereka sehingga 93.4% caitro berlumba-lumba ikut iblis dajal kafir laknat DAP beramal amalan orang-orang kafir harbi DAP. Sekarang sampai masanya kita Attact mereka agar seluruh rakyat sedar kehancuran dan musibah didepan mata angkara hasutan mereka. Kali kedua masakan Tony Pua masih tidak serik lagi dimana sebelum ini siiblis ini merayu mahkamah tolak saman yang dikemukakan sehingga kes ini tertangguh bertahun-tahun.Baca Lagi


Raja Bomoh Sudah Bertaubat, Rafizi Pula Bila?

Siapa yang tidak kenal dengan Ibrahim Mat Zin, yang terkenal dengan gelaran Raja Bomoh Antarabangsa. Gayanya yang bersahaja dan pelik ketika melakukan upacara pembomohan seringkali mengundang situasi tidak kering gusi dan gelak ketawa. Secara jujur, penulis tidak pernah percaya apa yang dilakukan, dan menganggapnya sebagai hiburan semata-mata. Seperti juga dalam susuk tubuh bernama Rafizi, penulis tidak pernah percaya dengan apa yang dikatakannya, namun tidak menganggapnya sebagai hiburan, walaupun dia sendiri pernah memberitahu mahkamah bahawa isu cincin yang dicanangkannya adalah satu gurauan. Ia lebih bersifat hasutan, seperti yang diakui olehnya sendiri dalamBaca Lagi