Menu Utama

YAWAS: Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor Kepada Negeri Lain?

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN) yang ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Antara skim dibawah seliaan YAWAS termasuklah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Jika dikaji, dan dibaca, segalanya tentang Selangor. Antara syarat untuk menerima bantuan SMUE mestilah anak Selangor, dan tinggal di Selangor. Bahkan, anak Selangor yang tinggal di luar negeri Selangor, tidak layak untuk memohon atau menjadi ahli.

Namun, tiba-tiba, rakyat Selangor dikejutkan dengan pendedahan tentang dakwaan berlakunya beberapa perkara “luar tabiee” perihal YAWAS. Paling utama, bagaimanakah dana milik rakyat Selangor, diagihkan melalui ahli-ahli parlimen di Wilayah Persekutuan? Hasil negeri untuk Selangor, atau hasil negeri untuk kroni?

Teresa Kok, sebelum ini menyatakan bahawa beliau bukanlah antara penerima dana YAWAS seperti yang didakwa. Malah, Teresa memberi alasan dana tersebut hanya diberi kepada ahli Parlimen Selangor sewaktu ditanya di parlimen minggu lalu seperti yang dilaporkan portal BNBBC.

Pelik bin ajaib, apabila Isnin lalu, Teresa terpaksa “berkungfu” pula di parlimen pula dengan menyatakan dana tersebut diberi kepada beberapa ahli parlimen Wilayah Persekutuan dengan alasan ada penduduk Selangor yang menetap di Kuala Lumpur. Ini membawa persoalan seterusnya;

Pertama, apakah ini bermakna, Teresa Kok mengakui bahawa dia dan beberapa ahli Parlimen dari Wilayah Persekutuan juga menerima dana dari YAWAS?

Kedua, antara syarat dan prosedur untuk permohonan SMUE ialah pemohon (rakyat Selangor) mestilah menetap di Selangor. Bagaimana pula Teresa Kok boleh memberi alasan dana tersebut untuk rakyat Selangor yang menetap di Kuala Lumpur? Dana untuk rakyat Selangor, atau untuk “menjaga” pengundi mereka?

Dengan dana bernilai RM200 juta, rakyat Selangor sedang memperjudikan nasib mereka apabila menyerahkan urusan kewangan dan penyaluran peruntukan di tangan seorang yang telah diisytihar MUFLIS. Dengan sekatan undang-undang ke atas seseorang Pengurus Besar yang bankrap dan muflis, bagaimana urusan ratusan juta ringgit dijalankan?

Atau Pengurus Besar YAWAS itu sekadar “boneka” yang menunggu masa untuk dikambinghitamkan?






Satu Komen to YAWAS: Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor Kepada Negeri Lain?

  1. Perlis News says:

    […] via YAWAS: Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor Kepada Negeri Lain? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply