Menu Utama

Tindakan Biadap Teresa Kok Tidak Mampu Alih Isu YAWAS

Kita perlu akui, bahawa DAP sering menggunapakai taktik mengalihkan isu, terutamanya ketika dibebani dengan skandal yang sukar untuk mereka tepis atau nafikan.

Ancaman melalui kiriman peluru, cat merah, sms ugutan bunuh dan sebagainya merupakan cara yang sering dilakukan sebelum ini. Malah, kita juga pernah tergelak, melihat bagaimana cubaan bersungguh oleh DAP ketika mengalihkan isu pembelian banglo mewah oleh Lim Guan Eng, menyaksikan betapa gigihnya pemimpin DAP “berkungfu”.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba pula kita dihidangkan dengan tindakan Teresa Kok, yang mengadakan demonstrasi berhampiran dengan Pusat Komuniti Taman Desa yang pada ketika itu sedang berlangsung satu majlis walimatul urus, lantas mengundang kemarahan penduduk dan tetamu yang hadir.

Melalui rakaman video, rata-rata netizen jelas berang dengan tindakan Ahli Parlimen Seputeh itu yang dilihat tidak menghormati adat majlis perkahwinan. Seolah-olah tidak faham dengan adat dan sensitiviti tempatan, tindakan Teresa dilihat sangat biadap. Apakah tidak cukup lama Teresa tinggal di Malaysia sehingga tidak dapat memahami adat dan budaya tempatan?

Rupa-rupanya memang ada angin ribut yang sedang melanda. Teresa dinamakan sebagai salah seorang pemimpin DAP yang menerima dana dari Yayasan Anak Warisan Selangor (YAWAS), satu dana yang diamanahkan kepada Ahli Parlimen atau ADUN Selangor untuk disalurkan kepada rakyat Selangor yang berhak. Persoalannya, apakah Seputeh itu salah satu parlimen di negeri Selangor? Dato Seri Jamal Yunus sebelum ini mendakwa Teresa berbohong dan bersikap hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017 dan Jamal bersedia disaman sekiranya tuduhan tersebut adalah fitnah. Malah, portal BNBBC melaporkan bahawa Teresa mengaku menerima dana YAWAS, sekalipun pernah menafikan penerimaan dana tersebut sebelum itu. Semalam, Teresa dicabar pula untuk memulangkan kad ATM YAWAS oleh Datuk Seri Noh Omar.

Bila diselusuri, kita faham panik yang Teresa sedang lalui. Tembelang sudah pecah, apa lagi yang boleh dilakukan selain dari mengalihkan isu. Bijaknya Teresa adalah dengan melakukan provokasi kepada kumpulan kecil untuk mengalih isu, yang mana tindakan tersebut tidak akan mengganggu undi yang diperolehi di Seputeh, berbanding membiarkan isu skandal YAWAS yang mampu menghakis kepercayaan rakyat. Apa yang diharapkan dari tindakan melampaunya itu tentu sahaja tindakbalas radikal dari kumpulan mangsa lantas bolehlah nanti dia meletakkan dirinya sebagai mangsa kezaliman pula. Dan sentimen simpati akan diheret berpanjangan agar rakyat akan terlupa tentang isu YAWAS.

Peduli apa Teresa dengan kumpulan minoriti yang tidak akan menjejaskan undi. Bak kata sahabat penulis, itu baru di Seputeh. Jika memerintah negara, bagaimana pula?

Rakyat Selangor sebelum ini telah dikejutkan dengan perlantikan pengarah yayasan tersebut yang berstatus muflis.






Leave a Reply