Menu Utama

Selepas Permatang Pauh, Pas Bayan Baru turut putuskan hubungan politik dengan PKR

Pas Kawasan Bayan Baru dalam mesyuarat agung tahunannya semalam turut membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

Yang Dipertuanya, Iszuree Ibrahim berkata, keputusan itu diambil ekoran beberapa tindakan pemimpin PKR yang membelakangkan parti tersebut ketika masih bekerjasama dalam pembangkang di negeri ini.

Antaranya, kata beliau, tindakan DAP memecat Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang daripada Pas pada 2014 tanpa sebab munasabah dan tanpa merujuk kepada parti itu yang tidak diambil pembelaan sewajarnya oleh PKR.

“Selain itu, PKR juga dengan jelas telah menurut telunjuk DAP yang mengumumkan pembubaran pembangkang serta mengisytiharkan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam dalam mesyuarat agung tahunannya, Pas Kawasan Permatang Pauh turut membuat keputusan memutuskan hubungan politik dengan PKR kerana terus bekerjasama dengan DAP dan PAN yang menyerang parti itu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-bayan-baru-turut-putuskan-hubungan-politik-dengan-pkr-1.459381#ixzz4bpcNps5Q
© Utusan Melayu (M) Bhd






Satu Komen to Selepas Permatang Pauh, Pas Bayan Baru turut putuskan hubungan politik dengan PKR

  1. Perlis News says:

    […] via Selepas Permatang Pauh, Pas Bayan Baru turut putuskan hubungan politik dengan PKR — MYKMU.NET […]

Leave a Reply