Menu Utama

Sayangi diri pimpin diri

oleh Kang Nasir

Setiap diri antara kita adalah PEMIMPIN.
Arah mana kita akan pimpin diri, anak isteri keluarga kita semua? Oleh itu hentikanlah kerja sia-sia yang mendatangkan DOSA kelak menghumban diri kita keneraka. Tak payahlah bersusah payah memfitnah pemerintah.

Daripada Ibnu Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.”
(Hadis Muttafaq Alaih)

Islam sudah semakin asing bila mana hanya 6.6% penggiat cyber yang aktif dalam politik mengajak pada perkara kebenaran untuk kebaikan bersama sedangkan 93.4% kalangan saudara mukmin kita cenderung memilih jalan yang membawa kemudaratan kepada diri agama bangsa & Negara apatah lagi syaitan membangkitkan perasaan bangga ujub pada diri disebabkan lebih percaya kebenaran dari hasutan dan fitnah oleh DAP Piji SR dll menolak KEBENARAN Quran & Sunnah jalan kebenaran dan penyelesaian untuk kebaikan bersama.

Dan Allah pun ada beri peringatan kpd kita.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);..”
(At Tahrim ayat 6)

Jika kita sendiri tidak tahu kearah mana kita pimpin diri kita. Mana mungkin kita mampu membimbing mereka? Jadi. Hentikanlah perbuatan keji mencaci memfitnah mencela sesama saudara dan pemerintah kerana tidak memberi menfaat apa-apa pun untuk diri dikemudian hari selain menghimpun dosa-dosa yang dilaknat Allah.

Belajarlah berfikir bagaimana menyayangi diri baru mampu berfikir kemana kita bawa diri anak isteri dikemudian hari.

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith Riwayat : at-Tirmizi)

#SayangiDiri.






Satu Komen to Sayangi diri pimpin diri

  1. Perlis News says:

    […] via Sayangi diri pimpin diri — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome