Menu Utama

Sayangi diri kita masing-masing.

oleh Kang Nasir

Apa yang TPM Ahmad Zahid Hamidi katakan sebelum ini hanya 6.6% pengamal media cenderung mengajak kearah kebaikan sedangkan selebihnya 93.4% pula menghasut mengajak rakyat M’ysia MENZALIMI DIRI cenderung menuruti hawa nafsu. Stiker yang saya kongsikan itu FAKTA ISLAM JALAN PENYELESAIAN pada setiap perkara yang nafsu manusia pertikaikan.

Nahh, sekarang kearah mana kita PIMPIN DIRI KITA MASING-MASING? Adakah kita cenderung TAAT segala HUKUM dan KETETAPAN yang Allah telah aturkan untuk diri kita atau kita cenderung menuruti kehendak hati kita masing-masing? Jika benar kita taat kepada Allah, kita tidak akan bersusah payah mencari alasan mencipta fitnah untuk berbalah sedangkan perkara keji itu adalah larangan Allah. Dari perkara keji dosa-dosa itulah KITA CENDERUNG MENZALIMI DIRI SENDIRI DENGAN MEROSAKAN HATI. Maka itulah hidup kita susah walau pendapatan bulanan mewah ada rumah mewah kereta mewah tapi hati tidak pernah senang jiwa berantakan fikiran kecelaruan.

Sepatutnya, Jika kita mahu hidup tenang hati senang walau zahir nampak susah tapi kehidupan mudah dengan limpahan rahmat Allah. Kita berusahalah pada perkara yang Allah redha. In’shaa Allah walau sedikit tapi mencukupi untuk keperluan kita masa hayat masih ada. Itulah jalan penyelesaian yang Allah telah sediakan garis panduanya dalam Quran & Sunnah.

Rasulullah SAW bersabda,
“Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila Allah mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang redha maka Allah redha padanya, dan siapa yang murka maka Allah murka padanya.”
(Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Dengan itu kita akan sentiasa ingat Allah dikala susah mahupun ketika senang.
Rasulullah saw bersabda;
“Ingatlah Allah ketika senang, maka Allah akan mengingat engkau ketika sulit.”
(HR. Hakim)

Jom kita sama-sama berusaha kearah SAYANGI DIRI KITA.



« (Previous News)



Satu Komen to Sayangi diri kita masing-masing.

  1. Perlis News says:

    […] via Sayangi diri kita masing-masing. — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome