Menu Utama

‘Pukul Sampai Mati’ Syarat Nak Lawan Rafizi

Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyarankan supaya calon yang bakal berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di Parlimen Pekan perlu seorang yang mampu ‘memukul’ Perdana Menteri sehingga ‘tempang’.

Dia mengulas mengenai ura-ura Ezam yang mahu bertanding di kubu kuat Presiden UMNO itu pada PRU ke-14 nanti. Kata Rafizi, seeloknya calon yang akan bertanding melawan Najib nanti biarlah orang yang paling kuat menentang Perdana Menteri.

Besar sekali cakapnya Rafizi kali ini. Dia menyangka seolah Parlimen Pekan itu begitu mudah untuk ditawan? Dia tidak tahukah bertarung dengan Najib di Pekan bagaikan ‘menempah maut’? Cuba lihat majoriti yang beliau menang. Air liur Rafizi sendiri pun tak laku di sana…

Jika Rafizi mahu calon pembangkang ‘memukul’ Najib sampai ‘tempang’, suka juga penulis mengingatkan BN supaya memilih calon yang mampu ‘memukul’ Rafizi sampai ‘mati’ pada PRU ke-14 nanti. Biar ‘mati’ terus, senang ‘dikuburkan’ sekali dengan ‘auta-auta’nya.

Dia bertanding di Parlimen Pandan pada PRU ke-14 nanti? Jika di situ, calon yang hendak melawannya nanti biarlah seorang yang mampu ‘benam’ Rafizi dalam ‘tanah’. Biar dia tak mampu bangun lagi. Biar dia terus terpadam dari pentas politik negara.

Namun apa yang penulis risaukan, belum sempat dia diberi pukulan ‘tko’, tiba-tiba saja dia terpaksa dihumban ke ‘dalam’. Dia mempunyai beberapa kes yang belum diselesaikan di mahkamah khabarnya. Jika dia ‘ke dalam’, maka terpaksalah ditangguhkan ‘talkin’nya…

Dia selama ini menjaja auta keliling negara. Kononnya fakta, padahal hanyalah omongan kosong tanpa wibawa. Sudah beberapa kali dia ‘kantoi’, lalu tersengih-sengih mengaku kononnya hanya bersenda. Tapi tanpa tanggungjawab, ramai yang terpedaya dengan fitnahnya.

Pada penulis, orang sebegini tidak wajar diberi muka. Sepatutnya dia diajar supaya patuh kepada ajaran Islam, ditazkirahkan tentang fitnah yang dikategorikan sebagai dosa besar. Dia tidak sedarkah bahawa Islam itu lebih tinggi dari politik?

Tapi dia bagai tidak lut pada hukum agama. Bagai berpegang pada ‘matlamat menghalalkan cara’, dia sanggup mengenepikan hukum hakam semata-mata untuk menang dalam politik. Mungkin kuasa baginya adalah segala, tapi sedarkah dia ramai orang sudah muak dengan caranya?

Maka kerana itulah, penulis menyarankan kepada BN. Jika Rafizi bertanding nanti, tolong ‘pukul’ dia sampai ‘mati’. Budak begitu bukan boleh dibiarkan ‘hidup’ terus berpolitik. Nanti habis dia ajar budaya negatif hanya bersandarkan pada ‘air liur’ saja. Pergi ‘mati’lah lagi baik…



(Next News) »



2 Komen to ‘Pukul Sampai Mati’ Syarat Nak Lawan Rafizi

  1. Perlis News says:

    […] via ‘Pukul Sampai Mati’ Syarat Nak Lawan Rafizi — MYKMU.NET […]

  2. Baraq says:

    Mamat kotak nk cari populariti, nk lawan PM di Pekan, kali ni jgn lupa bawak kotak satu kontainer, manusia jenis pembohong mcm mentor dia Anwar AlLiwati.

Leave a Reply