Menu Utama

Pembantu Khas PM Persoal Hubungan Mesra Isteri Ketua Menteri PP Dengan Sebuah Syarikat

Oleh Dato Rizal Mansor

Saya baca kenyataan balas YB Yeo Bee Yin hari ini yang nampaknya bersungguh benar mempertahankan Betty Chew bila isu kedudukan dalam PCCC dibangkitkan. Katanya Betty menolak tawaran jawatan dalam PCCC itu. Tapi bagi saya, tak salah kalau kita beranggapan tindakan Betty Chew itu pun mungkin setelah dapat kecaman ramai pihak dan liputan meluas media berkenaan hal itu. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup? Nak nafi kepentingan Betty Chew dalam PCCC? Cuba tengok gambar-gambar beliau dalam laman web organisasi itu.

Sebenarnya, terima atau tolak jawatan dalam PCCC itu bukan soal pokok. Soal pokok yang dibangkit ramai pihak semasa panas isu PCCC itu ialah status Betty Chew sebagai isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dan PCCC pula organisasi yang melibatkan perniagaan. Hal ini ada kaitan dengan ‘conflict of interest’. Betty sebagai isteri Ketua Menteri dilihat rapat dengan rakan-rakan ahli perniagaan, mungkin sekiranya beliau lebih banyak habiskan masa dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan hal ini tak akan timbul.

YB Yeo Bee Yin cukup kalut mempersoalkan tugas penaung PERMATA yang tak bergaji itu, sibuk cari cacat cela rumah orang tapi cacat cela rumah sendiri pulak mengapa dibiarkan ? Semua dah sedia maklum mengenai soal ‘banglo murah’ boss YB dan bila dilakukan siasatan 2 nama yang cukup popular ketika isu itu timbul ialah Phang Li Khoon dan Betty Chew. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Yeo Bee Yin kerana buka peluang untuk kita bangkitkan semula isu ‘banglo murah’ Lim Guan Eng yang dilihat sejuk akhir-akhir ni.

Di atas semangat integriti, bersih, cekap dan amanah yang ditunjukkan YB berkaitan soal penaung PERMATA yang tak bergaji itu, saya harap YB juga tunjukkan semangat yang sama dengan hal ‘banglo murah’ Ketua Menteri Pulau Pinang yang ada kena mengena dengan hubungan beliau dengan Phang Li Khoon . Tak perlu saya ulas panjang-panjang kerana cerita ini dah diperincikan dalam media dan blog-blog cukup dengan surat-surat, gambar dan sijil pendaftaran syarikat.

Saya cuma ingin YB sahkan samada Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang?

Syarikat Excel Property ini memberi “nature of business” sebagai “Property management and consultancy services”.

Bukankah jelas ada ‘conflict of interest’ di situ di mana Betty ada kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah Ketua Menteri serta EXCO tanah?

Adakah sebab nak menjaga kedudukan dalam parti DAP, YB lebih rela bersikap hipokrit dan berdiam diri dalam hal ini?






Satu Komen to Pembantu Khas PM Persoal Hubungan Mesra Isteri Ketua Menteri PP Dengan Sebuah Syarikat

  1. Perlis News says:

    […] via Pembantu Khas PM Persoal Hubungan Mesra Isteri Ketua Menteri PP Dengan Sebuah Syarikat — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome