Menu Utama

Pas Permatang Pauh putus hubungan secara rasmi dengan PKR

Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini secara rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menghormati Pas apabila terus bekerjasama dengan DAP dan PAN yang menyerang Pas.

Katanya, kerjasama berkenaan juga tidak bokeh diteruskan apabila terdapat ahli-ahli PKR kawasan ini memujuk ahli Pas keluar parti dan menyertai PKR.

” Mereka kemudian menawarkan jawatan dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada ahli Pas yang keluar parti dan ini sangat berbahaya kepada parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Tahunan Pas Kawasan Permatang Pauh di sini hari ini.

Sehubungan itu, Omar berkata, Pas menuntut kembali hak mereka termasuk akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kami juga akan meletakkan calon untuk tiga kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir,” katanya. – UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Pas Permatang Pauh putus hubungan secara rasmi dengan PKR

  1. Perlis News says:

    […] via Pas Permatang Pauh putus hubungan secara rasmi dengan PKR — MYKMU.NET […]

Leave a Reply