Menu Utama

Pakatan Harapan: Mahathir, Azizah Penasihat, Maka Kit Siang Paling Berkuasa

Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penasihat Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadikan Supremo DAP (Parti Tindakan Demokratik) sebagai individu paling berpengaruh dalam Pakatan Harapan.

Justeru Pakatan Harapan kemungkinan besar akan diterajui oleh Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sebagai wakil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebagai orang nombor dua mewakili Lim Guan Eng, yang berkemungkinan besar ke penjara.

Hanya penasihat British ketika zaman penjajahan mempunyai kuasa pentadbiran. Namun secara lumrahnya dalam mana-mana organisasi penasihat hanya sekadar memberi pandangan tanpa kuasa pentadbiran.

Memandangkan Azmin Ali bergantung kepada DAP dalam pentadbiran Negeri Selangor, Lim Kit Siang yang disokong oleh “badut-badut” Parti Amanah Negara (PAN) pasti akan menguasai Pakatan Harapan ini.






Leave a Reply

Threesome